Entries by Siti Inarah Izazi Abd. Mutalib

PELABURAN DIALOG GROUP PACU EKONOMI JOHOR

  Kedudukan strategik Pengerang terletak di laluan kapal antarabangsa selain permintaan kukuh terhadap ruang penyimpanan minyak menjadikan syarikat terkemuka berkaitan minyak dan gas serta petrokimia, DIALOG Group Berhad (DIALOG) kekal utuh bertapak di Negeri Johor, sejak tahun 2009.   Mula bertapak di Tanjung Langsat, DIALOG mengorak langkah melebarkan sayap ke Pengerang yang berhampiran dengan negara […]

PBT DIARAH FOKUS 120 HOTSPOT BANJIR

  Kerajaan Negeri menyarankan 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor memberikan tumpuan kepada usaha mengatasi isu banjir di 120 kawasan hotspot yang dikenal pasti secara berfasa.   Perancangan pembangunan baharu perlu melibatkan kajian bagi tempoh lima hingga ke 10 tahun ke hadapan meliputi sistem saliran dan perparitan yang mengambil kira keadaan untuk jangka […]

‘OTAI’ MASIH BERBISA

  Usia ternyata bukan penghalang asalkan sahaja ada kemahuan. Itu yang dibuktikan Milton Amat yang berjaya mengungguli Ledang Climbathon 2024 bagi kategori Lelaki Veteran 14 Kilometer (KM) bagi edisi kali ini.   Milton yang berasal dari Sabah menamatkan larian dengan catatan 2 jam 28 minit sekali gus membuktikan gelaran ‘The Most Beautiful Thing’ (TMBT) Ultra-Trail […]

MBJB TERUSKAN PROJEK NYAMUK BERWOLBACHIA KAWAL DENGGI

  Susulan keberkesanan fasa pertama pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai dilaksanakan pada tahun 2022, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meneruskan inisiatif sama di lokaliti ‘hotspot’ denggi dalam kawasan pentadbirannya.   Bagi fasa tersebut, sebanyak tiga juta nyamuk berkenaan telah dilepaskan dan berjaya menurunkan kes demam denggi di kawasan perumahan […]

JBPM NEGERI JOHOR DISARAN TINGKAT ASPEK KESELAMATAN KEBAKARAN

  Mendepani cabaran perkembangan pembangunan pesat berlaku di negeri ini, menuntut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melakukan persediaan rapi melibatkan aspek pemadaman kebakaran dan penyelamatan penguatkuasaan berkaitan keselamatan kebakaran.   Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City, pembangunan residensi elit, pusat beli belah dan pusat […]

PANTI BIRD RACE JOHOR BAKAL JADI ACARA TAHUNAN

  308 spesies burung dan sembilan spesies burung yang ‘jarang-jarang’ dapat kita lihat menjadikan acara Panti Bird Race Johor 2024 yang melabuhkan tirainya semalam, unik dan mempersonakan.   Keunikan itu juga menyebabkan Kerajaan Negeri Johor menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) akan menjadikan acara Panti Bird Race Johor sebagai ‘Big Year’ dan seterusnya dijangka sebagai […]

RAY TECH PILIH JOHOR

  Anak syarikat gergasi teknologi China Unicomp Technology China iaitu Ray Tech (M) Sdn Bhd memilih Johor sebagai destinasi baharu pelaburan mereka apabila membuka kilang berkaitan peralatan teknologi ‘X-Ray’ di Taman Perindustrian SILC, Gelang Patah.   Lebih memberangsangkan, ia adalah destinasi pertama operasi perkilangan syarikat teknologi berkenaan di luar dari tanah besar China.   Dr. […]

KERAJAAN NEGERI GIAT SEMAI BUDAYA MEMBACA BANGSA JOHOR

  Meniti arus pemodenan dalam era digitalisasi pada masa kini menyaksikan lambakan buku elektronik (e-book) atau buku digital yang mengubah trend membaca masyarakat kepada dalam talian.   Trend berkenaan bagaimanapun tidak menenggelamkan pembacaan buku fizikal yang masih mendapat tempat dalam kecanggihan dunia teknologi komunikasi dan digital.   Berdasarkan statistik Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor (PPAJ), […]

ISU KESESAKAN TRAFIK DAN TINGKAT PELUANG PEKERJAAN JADI KEUTAMAAN

  Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan utama dalam usaha mengurangkan isu kesesakan trafik dan juga meningkatkan peluang pekerjaan.   Iltizam ini disuarakan menerusi Kajian Rancangan Tempatan (RT), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Johor 2035 (penggantian) menjelang tahun 2035.   Antara usaha akan dilaksanakan ialah penggunaan ‘Rail Mode Base’ […]

AMBIL KIRA FAKTOR CUACA SEBELUM ANJUR RENTAS DESA

  Susulan seorang pelajar meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai rentas desa di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri mahu Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa berhati-hati dan mengambil kira faktor cuaca sebelum mengadakan aktiviti berkenaan.   YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor ketika mengulas kejadian berkenaan juga menasihati pihak sekolah yang […]