HAMPIR 4,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK DITAWAR SEMPENA JPEX 2025

  #JohorBahru – Hampir 4,000 unit rumah dan kedai kos sederhana ditawarkan sempena Johor Property Expo (JPEX) 2025 mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana terus diberikan akses memiliki kediaman selesa serta berkualiti. Sebanyak 14 projek melibatkan 2,477 unit rumah mampu milik dan 117 kedai kos sederhana kini dibuka […]

SOUTHERN VOLUNTEERS HEALTHCARE BANTU RINGANKAN BEBAN PETUGAS KESIHATAN HSAJB

  #JohorBahru – Kerajaan Johor kini mengambil inisiatif sendiri dengan menubuhkan Southern Volunteers (SV) Healthcare bagi menangani isu kekurangan perjawatan kakitangan serta masalah bebanan tugas petugas kesihatan yang dilihat masih belum menemui jalan penyelesaian terbaik di peringkat Persekutuan.   Inisiatif SV Healthcare yang turut mendapat perkenan daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini […]

UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG, MRTS JALIN KERJASAMA

  #PasirGudang – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Rapid Transit System Sdn. Bhd (MRTS) untuk menjayakan inisiatif Program Pembangunan Modal Insan bagi melahirkan graduan berkualiti tinggi.   Menerusi kerjasama berkenaan, MRTS telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM180,000 bagi penyediaan peralatan berteknologi tinggi seperti 10 unit komputer, pencetak, pengimbas […]

RAKYAT JOHOR DISARAN REBUT PELUANG MILIKI RUMAH IDAMAN DI JPEX 2025

  #IskandarPuteri – Rakyat Johor diseru untuk merebut peluang keemasan memiliki rumah idaman dengan menghadiri Ekspo Hartanah Johor (JPEX) 2025 yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Julai ini di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall.   Saranan ini disuarakan oleh YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, […]

IKSA SUMBANG MESIN KARDIOGRAFI KEPADA HOSPITAL SULTANAH AMINAH

  #JohorBahru – Firma guaman Ikbal Salam & Associates (IKSA) menyumbangkan mesin ekokardiografi bernilai RM299,000 kepada wad kardiotorasik Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.   Sumbangan untuk wad yang kini beroperasi sementara di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru itu menterjemahkan komitmen terhadap usaha bersama memperkukuh perkhidmatan kesihatan di negeri ini.   Selain itu, sumbangan […]

SUKARELAWAN SV DITEMPATKAN DI HSA, HSI BANTU PETUGAS KESIHATAN

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri bersedia menggerakkan sukarelawan Southern Volunteers (SV) untuk membantu petugas kesihatan bagi mengatasi isu kesesakan di dua hospital utama iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.   Langkah penyelesaian jangka pendek itu diambil susulan pertemuan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama YB […]

KERJASAMA PELBAGAI PIHAK BANTU GANTI 969 KATIL USANG HSAJB

  #JohorBahru – Komitmen Kerajaan Negeri memperkukuhkan kualiti sistem penjagaan kesihatan terus menerima sokongan orang ramai apabila Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) menerima 860 unit katil sumbangan daripada pelbagai pihak sejak awal bulan ini.   Kesemua katil pelbagai jenis termasuk untuk Unit Rawatan Rapi (ICU), katil dewasa, kanak-kanak dan bayi itu berjaya dikumpulkan dan […]

JOHOR KEKAL TERAJUI PENGELUARAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

  #IskandarPuteri – Johor terus mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar utama dan mengukuhkan status sebagai ‘syurga’ buah-buahan tempatan dengan jumlah keseluruhan pengeluaran mencecah 739,275 tan metrik pada tahun lalu.   Untuk rekod, durian menjadi antara penyumbang tertinggi dengan pengeluaran sebanyak 189,787 tan metrik melibatkan keluasan 19,179 hektar yang diusahakan oleh kira-kira 34,000 pengusaha di seluruh negeri […]

MEMPERKUKUH SUMBER PERIKANAN DEMI KELANGSUNGAN HIDUP NELAYAN

  #IskandarPuteri – Usaha memperkukuhkan lagi sumber perikanan terus diperkasa apabila Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Johor melepaskan 100 unit unjam merangkumi 80 unit di perairan Tanjung Surat, Kota Tinggi dan 20 unit di Iskandar Puteri pada tahun ini.   Kesemua unjam bernilai RM250,000 yang dilepaskan tersebut dijangka membantu meningkatkan hasil tangkapan di […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN OPERASI HOSPITAL PASIR GUDANG LANCAR

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri terus mengguna pakai pendekatan ‘Whole-Of-Government’ dengan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) esok, untuk memastikan kelancaran pengoperasian Hospital Pasir Gudang yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos ini.   Pertemuan tersebut bakal memberi tumpuan kepada isu penempatan dan kekurangan petugas kesihatan di hospital berkenaan selain dua hospital utama […]