JOHOR BUKA PINTU PELABURAN ELEKTRONIK

  #JohorBahru – Penganjuran Sidang Kemuncak Pembekal Elektronik Malaysia di negeri ini pada minggu lalu, mencerminkan Johor terus menjadi destinasi pilihan pelaburan utama termasuk industri elektrik dan elektronik (E&E) selain menterjemahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa ekosistem sektor perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS).   Industri E&E telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pelaburan dan eksport negeri […]

PRASARANA BAHARU LONJAK EKOPELANCONGAN KAMPUNG SUNGAI MELAYU

  #IskandarPuteri – Pembinaan pintu gerbang, dua pangkalan, dua mercu tanda serta sebuah kemudahan inap desa bakal menjadi identiti baharu Kampung Sungai Melayu dan seterusnya meletakkan perkampungan yang kaya dengan keindahan flora dan fauna itu sebagai antara destinasi ekopelancongan yang perlu dilawati oleh pelancong.   Ia susulan daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri menerusi […]

KOMPETENSI JCS PACU MAJU JOHOR

  #JohorBahru – Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (Akademi JCS) terus memainkan peranan penting dalam melahirkan penjawat awam berkeupayaan dan berkemahiran bagi menjayakan agenda Kerajaan Negeri untuk menjadi Johor sebagai negeri berdaya saing dan maju menjelang tahun 2030.   Ditubuhkan pada tahun 2020, Akademi JCS sudah melaksanakan lebih 100 program peningkatan kompetensi termasuk program pasca […]

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT, MAINJ

  #IskandarPuteri – “Alhamdulillah, saya tidak menyangka permohonan untuk mendapatkan bantuan zakat untuk Skim Bantuan Hemodialisis akhirnya berjaya. Terima kasih pembayar zakat dan juga pihak Majlis Agama Islam Johor (MAINJ),” kata Hasmah Ismail.   Hasmah Ismail, 72, berkata beliau bersyukur kerana mendapat bantuan rawatan hemodialisis bernilai RM71,520 setahun bagi merawat penyakit buah pinggang tahap lima […]

PELAN TINDAKAN MACHAP-SIMPANG RENGGAM DILANCARKAN

  #Kluang – Pelan Tindakan Machap-Simpang Renggam melibatkan kawasan pembangunan berkeluasan 100,779 hektar dilancarkan bagi menyokong usaha penyediaan kerangka komprehensif dan hala tuju menjadikan lokasi tersebut sebagai hab logistik.   Pelan dibangunkan secara bersama oleh PLANMalaysia@Johor dan Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) itu menggariskan 15 tindakan pembangunan terdiri daripada lima tindakan strategik berimpak tinggi, enam […]

HALA TUJU EKONOMI JOHOR TEPAT

  #IskandarPuteri – Johor berada di landasan tepat untuk memacu hala tuju ekonomi yang membangun susulan kejayaan demi kejayaan dicatatkan pentadbiran negeri terutama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini termasuk menarik pelaburan sebanyak RM43.05 bilion pada tahun lalu.   Nilai pelaburan tersebut melibatkan 751 projek diluluskan telah mencipta 19,053 peluang pekerjaan dengan pelaburan asing langsung […]

KOMPLEKS BOLA JARING CHE PUAN KHALEEDA JOHOR PENCETUS PEMBANGUNAN AKAR UMBI

YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor selaku Penaung Diraja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Kompleks Bola Jaring Che’ Puan Khaleeda Johor di Taman Suria, Johor Bahru pada hari ini.   Kompleks yang lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti ruang persalinan, kemudahan sukan bola jaring dan asrama pemain, secara tidak langsung merealisasikan […]

JOHOR BAHRU MENUJU BANDAR PINTAR ANTARABANGSA

  Johor Bahru berada di landasan tepat mencapai status bandar pintar bertaraf antarabangsa selari dengan aspirasi Bandar Pintar Johor 2030 menerusi kewujudan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC) di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).   Dalam Belanjawan Johor 2024, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM15 juta untuk membina pusat kawalan dan arahan di MBJB selain […]

JKSM TURUN PADANG BERI KEFAHAMAN SULH

  Kaedah penyelesaian pertikaian dalam Islam secara baik atau Sulh diperkenalkan di mahkamah-mahkamah Syariah sejak 2002 terbukti berkesan dalam menyelesaikan konflik kekeluargaan dengan sebanyak 88.98 peratus daripada 11,921 keseluruhan kes berjaya diselesaikan pada tahun lalu.   Bagi memberi penerangan mengenai produk dan perkhidmatan Sulh terdapat di mahkamah syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama […]

JES INTERVENSI KONFLIK GAJAH-MANUSIA

  Kewujudan Pusat Santuari Gajah Johor (JES) mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor menangani konflik antara mamalia berkenaan dengan manusia.   Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM9 juta bagi projek mendirikan pagar di sekeliling kawasan Kampung Panti untuk mengelak gajah daripada memasuki kampung terbabit sekali […]