PENGURUSAN CEKAP, KURANGKAN KERUGIAN

  Nilai kerugian disebabkan bencana banjir seluruh negara pada tahun lalu berjaya dikurangkan daripada RM1.03 bilion pada 2022 kepada RM755 juta.   Hasil pengurangan jumlah kerugian tersebut didorong oleh kecekapan semua pihak melalui konsep Pengurangan Risiko Bencana yang menggemblingkan tenaga semua agensi berkaitan.   Penglibatan semua pihak serta penyelarasan yang betul membolehkan gerak kerja pengurusan […]

JOHOR CATAT RM12.9 BILION PELABURAN KOMITED

  Johor merekodkan nilai pelaburan komited sebanyak RM12.936 bilion sehingga suku kedua tahun 2024 merangkumi RM7.972 bilion pelaburan langsung asing (FDI) dan RM4.964 bilion kadar pelaburan langsung domestik (DDI).   Daripada jumlah tersebut, sektor perkhidmatan mencatatkan RM6.909 bilion manakala sektor perkilangan telah menyumbang pelaburan komited sebanyak RM6.027 bilion sekali gus menyerlahkan kedudukan Johor sebagai destinasi […]

SASAR JS-SEZ DIMETERAI DISEMBER INI

  Kerajaan Negeri menyasarkan dokumen perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) ditandatangani pada 8 Disember tahun ini semasa Pemukiman Tahunan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura.   Demi memastikan visi pembangunan JS-SEZ direalisasikan, pengumuman perincian pakej insentif yang bakal ditawarkan kepada para pelabur akan dibuat oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri […]

SYED HUSSIEN ANGKAT SUMPAH

  Syed Hussien Syed Abdullah mengangkat sumpah hari ini sebagai Ahli Dewan Negeri Johor selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.29 Mahkota pada 28 September lalu.   Majlis mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan diadakan di hadapan YB Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor pada Mesyuarat Kedua […]

EKONOMI HIJAU BERMULA DI JOHOR

  Kerajaan Negeri menerusi Invest Johor dan Pusat Kelestarian Johor akan menganjurkan Persidangan Green Legacy Johor 2024 selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Oktober depan bagi menangani isu alam sekitar sekali gus merintis jalan ke arah masa depan lebih mampan.   Persidangan bertemakan ‘Kesepaduan Global untuk Tindakan Iklim’ itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen […]

REALISASI IMPIAN JADI REALITI

  Inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) nyata berjaya merealisasikan impian pasangan muda untuk memiliki kediaman sendiri berikutan harga ditawarkan jauh lebih rendah berbanding pasaran.   Bukan sahaja tawaran harga lebih rendah, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) turut menyediakan baucar bernilai RM1,000 kepada pembeli RMMJ yang telah menerima Surat […]

ACLE BUKAN BIASA-BIASA

  Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima kunjungan pasukan Liga Super China, Shanghai Shenhua dalam perlawanan kedua peringkat liga, Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.   Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memberi bayangan Harimau Selatan sudah bersedia untuk mempamerkan aksi mengujakan dan berjuang secara kompetitif di pentas tertinggi […]

JOM BERWAKAF DENGAN SAHAM WAKAF JOHOR

  Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus memperkukuhkan peranannya dalam pembangunan aset wakaf di negeri ini menerusi inisiatif Saham Wakaf Johor (SWJ), yang berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM2.26 juta setakat Ogos tahun ini.   Hasil kutipan tersebut akan diuruskan secara optimum oleh MAINJ dan digunakan bagi melaksanakan pelbagai projek wakaf yang bakal memberi manfaat […]

ORANG MUDA BP LUAR BIASA!

  Hujan lebat tidak melunturkan semangat ribuan Orang Muda Johor (OMJ) demi menjayakan Jelajah Aspirasi OMJ @ Batu Pahat di Dataran Penggaram, hari ini.   Orang ramai dilihat tidak mengendahkan hujan apabila langsung tidak berganjak dari kedudukan masing-masing untuk bersama-sama memanfaatkan pengisian pada program jelajah yang memasuki siri kesembilan pada tahun ini.   Selain itu, […]

MBIP JADIKAN SUNGAI SKUDAI LOKASI RIADAH

  Sebagai usaha membawa masyarakat kembali ke sungai, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui pelan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai akan menjadikan sungai tersebut sebagai kawasan tarikan pelancongan dan riadah yang mesra alam.   Pelaksanaan RKK akan melibatkan perubahan kawasan riparian (tebing sungai) dan ruang riadah, sekali gus merealisasikan potensi Sungai Skudai sebagai lokasi […]