DUA GERGASI ASEAN GEGO SSI

Aksi separuh akhir pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup: JDT FC vs Buriram FC.

 

#IskandarPuteri – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berhadapan dengan juara bertahan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup, Buriram United FC dalam aksi separuh akhir pertama pada Rabu.

 

Skuad kendalian Mark Jackson bertandang ke Iskandar Puteri dengan misi mengekalkan rekod cemerlang menentang Harimau Selatan, setelah tidak tewas dalam empat pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasukan.

 

Pertembungan epik di Stadium Sultan Ibrahim ini bakal menyaksikan dua jentera serangan paling tajam di peringkat kumpulan, dengan Buriram menjaringkan 14 gol manakala JDT mengekori rapat dengan 13 gol.

 

Persaingan antara Buriram dan JDT kini semakin menjadi tumpuan dan menjanjikan aksi separuh akhir Shopee Cup yang sengit serta berprofil tinggi antara dua gergasi ASEAN.

 

Perlawanan pertama separuh akhir Shopee Cup akan berlangsung pada Rabu, manakala aksi timbal balik dijadualkan pada 13 Mei.

 

Para penyokong diseru untuk memenuhkan stadium sebagai ‘Pemain ke-12’ bagi menyuntik semangat kepada pasukan Harimau Selatan. Tiket masih dijual di laman rasmi Tickethotline.

 

Luaskan Kuasamu Johor!

 

#JohorSafeZone
#JDTvBUR
#ShopeeCup
#TheTMJeffect
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor