112 AHLI DEWAN MUDA JOHOR MULAKAN PERBAHASAN SESI 2026/2027

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir ke Majlis Apresiasi dan Tautan Kasih DMJ 2026 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Seramai 112 Ahli Dewan Muda Johor (DMJ) bagi sesi 2026/2027 memulakan perbahasan dengan membawa suara, pandangan dan idea anak muda dari seluruh kawasan Dewan Negeri (DUN) di Johor yang bermula semalam.
Menerusi DMJ, ia terus menjadi antara platform penting dalam membentuk generasi muda yang berani menyuarakan pandangan, memahami isu semasa serta mampu mengemukakan cadangan yang praktikal dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Menerusi persidangan kali ini, ahli-ahli DMJ didedahkan kepada proses perbahasan, penelitian isu dan penyelesaian masalah secara lebih tersusun, selain mereka juga diberi ruang untuk mengasah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis serta kepimpinan.
Sementara itu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor turut meluluskan cadangan penubuhan Persatuan Alumni DMJ sebagai kesinambungan kepada jaringan bekas ahli DMJ yang boleh terus menyumbang kepada pembangunan anak muda dan Negeri Johor.
Penubuhan persatuan berkenaan juga dilihat berpotensi menjadi jambatan antara generasi terdahulu dan generasi baharu DMJ menerusi perkongsian pengalaman, bimbingan, jaringan kepakaran serta sokongan kepada pelbagai agenda pembangunan negeri ini pada masa akan datang.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir ke Majlis Apresiasi dan Tautan Kasih DMJ 2026 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Turut hadir YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
#JohorSafeZone
#DMJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


