KAMPUNG SUNGAI MELAYU TERUS DIPERKASA SEBAGAI DESTINASI EKOPELANCONGAN LESTARI
Oleh: Suhana Ariffin

Sambutan Hari Cuci Malaysia X Hari Sungai Sedunia 2026 Peringkat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang berlangsung di Jeti Kampung Sungai Melayu. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#IskandarPuteri – Kampung Sungai Melayu kini terus diperkasa sebagai destinasi ekopelancongan lestari di negeri ini menerusi penganjuran Sambutan Hari Cuci Malaysia X Hari Sungai Sedunia 2026 yang berlangsung di Jeti Kampung Sungai Melayu hari ini.
Program yang bermula dari 26 hingga 27 September ini menjadi antara platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara kebersihan sungai serta kelestarian alam sekitar, sekali gus memperkukuh potensi Kampung Sungai Melayu sebagai destinasi ekopelancongan di Johor.
Seiring dengan sasaran pengunjung ekopelancongan di negeri ini sempena Tahun Melawat Johor 2026, ia terus menunjukkan perkembangan positif di mana jumlah pengunjung yang direkodkan sehingga kini melebihi 18,000 orang berbanding sasaran awal seramai 15,000 pengunjung.
Sementara itu, pada program sama turut berlangsung majlis penyerahan lesen kepada 57 pengemudi bot yang berjaya memperoleh Sijil Kompetensi Profesional (COC) daripada Jabatan Laut Malaysia bagi memastikan segala aktiviti pelancongan air mampu dilaksana dengan selamat.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor menyempurnakan Sambutan Hari Cuci Malaysia X Hari Sungai Sedunia 2026 Peringkat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Jeti Kampung Sungai Melayu.
#JohorSafeZone
#MBIP
#HCMXHSS26
#HariCuciMalaysia2026
#WorldCleanupDay2026
#KampungSungaiMelayu
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


