GEETHA ‘ABAIKAN’ KECEDERAAN DEMI EMAS UNTUK JOHOR

Berdepan detik penuh emosi pada penampilan terakhirnya di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) dan belenggu kecederaan ternyata tidak menjadi penghalang buat atlet olahraga Johor, Geetha Sivaraja untuk sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk sekali lagi mempertahankan pingat emas dalam acara 800 meter wanita pada SUKMA XXII Selangor 2026.
#Serdang, Selangor – Berdepan detik penuh emosi pada penampilan terakhirnya di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) dan belenggu kecederaan ternyata tidak menjadi penghalang buat atlet olahraga Johor, Geetha Sivaraja untuk sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk sekali lagi mempertahankan pingat emas dalam acara 800 meter wanita pada SUKMA XXII Selangor 2026, hari ini.
Geetha mencatatkan masa 2:17.69 saat, sekali gus memperbaiki rekod peribadinya sebelum ini iaitu 2:20.41 saat yang dilakar ketika memenangi emas pada SUKMA XXI Sarawak 2024, dua tahun lalu.
Bermula dari lorong keempat, atlet berusia 21 tahun itu tampil dengan momentum baik sebelum mengenepikan cabaran atlet Sabah, Nur Syifa Raisha Adnan Firdaus yang meraih perak manakala rakan senegerinya, Rosnani Mahamad pula melengkapkan kedudukan podium 1-3 untuk Kem Olahraga Johor dalam acara berkenaan.
Kejayaan itu cukup bermakna buat atlet berasal dari Pasir Gudang itu yang sebelum ini pernah terlintas untuk tidak meneruskan kariernya dalam saingan SUKMA tahun ini, susulan masalah kecederaan kaki yang membelenggu dirinya.
Namun, dorongan keluarga, barisan kejurulatihan dan rakan-rakan atlet menjadi pembakar semangat untuknya kembali bangkit dan menggalas cabaran mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada edisi tahun 2024.
Untuk rekod, Geetha kini telah mengumpul satu pingat emas dan satu pingat perak pada SUKMA XXII Selangor 2026 selepas turut meraih perak dalam acara 1,500 meter wanita.
Beliau juga masih mempunyai satu lagi cabaran apabila bakal turun beraksi dalam acara 4X400 Meter Wanita, dengan sasaran membantu Johor menambah koleksi emas sebelum melabuhkan tirai penampilan gemilangnya di pentas SUKMA.
#JohorSafeZone
#SUKMAXXII
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


