HASIL NEGERI JOHOR CECAH RM1 BILION SETAKAT APRIL 2026

Prestasi ekonomi Johor kekal kukuh apabila hasil negeri mencecah RM1 bilion setakat 30 April, meningkat RM307 juta berbanding tempoh sama tahun 2025. | Foto Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Prestasi ekonomi Johor terus menunjukkan momentum kukuh apabila hasil negeri setakat 30 April lalu telah mencecah RM1 bilion, meningkat sebanyak RM307 juta berbanding tempoh sama pada tahun 2025.
Pencapaian ini merupakan hasil usaha berterusan Kerajaan Johor bersama sokongan pelbagai pihak dalam memacu pembangunan ekonomi negeri yang lebih mampan dan inklusif demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Kejayaan ini turut didorong oleh beberapa pencapaian utama termasuk mencatat pelaburan tertinggi dalam sejarah negara yang bukan sahaja mencerminkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan Johor sebagai destinasi pelaburan yang strategik, tetapi juga turut membuka puluhan ribu peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.
Selain itu, pertumbuhan ekonomi Johor yang kukuh dengan kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara tertinggi di Malaysia telah memperkukuh asas fiskal negeri, sekali gus meningkatkan keupayaan Kerajaan Negeri untuk menjana hasil secara mampan.
Pencapaian ini membuktikan Johor berada pada landasan yang tepat untuk terus berkembang secara mampan dan inklusif, sekali gus memperkukuh asas pembangunan negeri secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri juga komited untuk memastikan setiap peningkatan hasil ini diterjemahkan kepada inisiatif berimpak tinggi yang benar-benar dapat dirasai oleh rakyat, sekali gus memperkukuh agenda pembangunan negeri secara menyeluruh dan berterusan.
Pendekatan tersebut telah dilaksanakan menerusi Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 1 hingga 3 yang merangkumi lebih 100 inisiatif dengan peruntukan hampir RM400 juta, sekali gus memberi manfaat kepada jutaan rakyat termasuk golongan rentan yang memerlukan.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menjawab soalan berkaitan kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BangsaJohorSejahtera
#DewanNegeriJohorKe15
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



