JETP: KOTA TINGGI KE ARAH HAB PERTANIAN JOHOR

Daerah Kota Tinggi akan terus diperkukuh sebagai Hab Pertanian menerusi JETP dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor agromakanan, teknologi, mekanisasi serta peluasan peluang ekonomi masyarakat setempat meliputi tanaman, penternakan, perikanan dan agropelancongan. | Foto FB Israk Abdullah
#KotaTinggi – Daerah Kota Tinggi akan terus diperkukuh sebagai Hab Pertanian menerusi pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor agromakanan, penggunaan teknologi dan mekanisasi serta peluasan peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.
Dalam pada itu, pembangunan sektor pertanian di daerah berkenaan akan terus meliputi sektor tanaman, penternakan, perikanan dan agropelancongan, selaras dengan potensi serta kekuatan sedia ada yang mampu untuk diperkasakan pada masa akan datang.
Antara kekuatan utama yang dikenal pasti di daerah Kota Tinggi ialah pembangunan Lembah Makanan BioDesaru oleh Johor Biotech, selain kewujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pertanian dan TKPM Veterinar serta peranan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dalam pembangunan wilayah di daerah berkenaan.
Sehubungan itu, penglibatan pengusaha dan pemain industri tempatan juga amat penting dalam membentuk satu ekosistem pertanian yang saling melengkapi, merangkumi rantaian pengeluaran, penggunaan teknologi dan mekanisasi, pemprosesan hasil, pemasaran serta akses kepada pasaran.
Pada masa sama, pelaksanaan JETP di Kota Tinggi selari dengan Agenda Maju Johor 2030 dalam meningkatkan produktiviti pertanian dan keterjaminan makanan, selain ia juga mampu membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan pengusaha serta memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat Johor.
Justeru, kerjasama antara jabatan, agensi, pengusaha dan pemain industri akan terus diperkasa bagi menyelaras potensi sedia ada, sekali gus menjadikan Kota Tinggi sebagai Hab Pertanian moden, produktif dan berdaya saing ke arah merealisasikan aspirasi Johor sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030.
Terdahulu, YB Tuan Haji Md Israk Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, menghadiri sesi Taklimat dan Penyelarasan Pembangunan Sektor Pertanian Daerah Kota Tinggi serta Inisiatif Menyokong Pelan JETP di Pejabat Johor Biotech, Bandar Penawar bagi meneliti perkembangan semasa, potensi, cabaran serta hala tuju pembangunan sektor pertanian di daerah berkenaan.
#TaniJohor
#JETP
#KotaTinggi
#HabPertanian
#Agromakanan
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


