JOHOR RANGKA SOP GEMPA BUMI PASTIKAN KESELAMATAN WARGA PENDIDIKAN TERJAMIN

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi Bencana (Gempa Bumi) bagi Institusi Pendidikan Johor. | Foto FB Aznan Tamin

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) Gempa Bumi merangkumi tindakan pra, semasa dan pasca bencana bagi memastikan tahap keselamatan keseluruhan warga pendidikan sentiasa terjamin.

 

Beberapa inisiatif tambahan turut akan digerakkan termasuk penghasilan video simulasi keselamatan bagi memberi pendedahan awal kepada murid, guru, mahasiswa dan masyarakat setempat agar lebih bersiap siaga serta tahu tindakan yang tepat ketika berdepan risiko bencana.

 

Usaha melibatkan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan tersebut bertujuan memastikan setiap sekolah, universiti, kolej dan institusi pendidikan bersedia serta dapat bertindak segera dan teratur apabila berdepan sebarang risiko bencana.

 

Kerajaan Negeri menzahirkan rasa syukur tiada kerosakan melibatkan institusi pendidikan susulan gegaran akibat gempa bumi lemah baru-baru ini, namun mengajak untuk berdoa agar kejadian seumpama itu tidak berulang dan Johor sentiasa berada dalam keadaan selamat.

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi Bencana (Gempa Bumi) bagi Institusi Pendidikan Johor di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat, semalam.

 

Mesyuarat berkenaan disifatkan sebagai penting bagi memastikan setiap langkah keselamatan dan kesiapsiagaan sentiasa berada di tahap terbaik susulan kejadian gegaran akibat gempa bumi lemah melanda beberapa kawasan di negeri ini, terutama Segamat bermula 24 Ogos lalu.

 

#JohorSafeZone
#PrayForJohor
#PendidikanBerkualiti
#UiTM
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor