JOHOR SOKONG RUU TRIBUNAL ANTIBULI 2025

Kerajaan Negeri Johor menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, baru-baru ini. | Foto MDJ

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor menyambut baik kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, baru-baru ini, sekali gus ia menjadi satu perkembangan penting dalam melindungi pelajar sekolah daripada sebarang bentuk ancaman buli yang semakin merisaukan.

 

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor memberitahu, usaha itu perlu dilihat sebagai komitmen serius bagi memastikan setiap sekolah di Johor menjadi kawasan paling selamat dan kondusif, bukan sahaja untuk tujuan pembelajaran tetapi juga dalam pembentukan karakter serta sahsiah murid.

 

RUU tersebut memperkukuh langkah pencegahan dan pengurusan kes buli bukan sahaja di sekolah, malah mencakupi beberapa institusi lain yang ditetapkan, sekali gus berupaya memastikan anak-anak dapat dibesarkan dalam suasana selamat, dihormati dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman keganasan.

 

Kerajaan Negeri menegaskan sokongan daripada seluruh Bangsa Johor khususnya golongan ibu bapa, guru dan komuniti setempat amat diperlukan bagi memastikan soal keselamatan kanak-kanak ini akan sentiasa menjadi keutamaan.

 

Kerajaan Negeri yakin dengan kerjasama menyeluruh semua pihak, Negeri Johor mampu melahirkan generasi yang berani, berakhlak tinggi dan berdaya saing, sekali gus menyumbangkan kepada kemajuan negeri pada masa akan datang.

 

#JohorSafeZone
#SekolahSelamat
#RUUTribunalAntibuli
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor