KERAJAAN NEGERI PERKUKUH USAHA TANGANI KONFLIK MANUSIA-GAJAH

Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Santuari Gajah Johor (JES) di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#KotaTinggi – Kerajaan Negeri Johor terus komited dalam menangani isu konflik antara manusia dan gajah melalui pelaksanaan inisiatif bersepadu melibatkan pelbagai jabatan bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kelestarian hidupan liar dapat dicapai secara seimbang dengan memberi tumpuan terhadap pendekatan penyelesaian secara menyeluruh dan berkesan di negeri ini.
Bagi tujuan tersebut, Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Santuari Gajah Johor (JES) di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor bersama dengan wakil daerah yang terkesan iaitu Kota Tinggi, Segamat, Kluang serta Mersing bagi menetapkan hala tuju pelaksanaan usaha berkaitan dan menghayati permasalahan di lapangan dengan lebih mendalam.
Melalui sesi tersebut, delegasi lawatan kerja ke JES berpeluang untuk memahami dan meneliti persekitaran serta norma habitat gajah secara lebih dekat sekali gus dapat membantu merangka tindakan strategik dalam menangani isu hidupan liar dengan lebih efektif.
Pada sesi yang sama, turut diadakan taklimat pengurusan konflik gajah oleh pihak PERHILITAN Johor termasuk perkongsian mengenai perkembangan projek pembangunan JES di mana pusat santuari berkenaan bukan sahaja berperanan sebagai lokasi pemuliharaan dan pengurusan gajah liar malah bakal menjadi tarikan pelancongan baharu sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Turut hadir, YBhg. Puan Norliyati Md. Nor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat), YBhg. Tuan Haji Miswan Yunus,Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBhg. Puan Azurawati Wahid, Pegawai Daerah Kluang; YBhg. Tuan Haji Mohd Ezzuddin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat, YBrs. En. Mohd Firrdhaus Mahmood, Timbalan Pengarah PERHILITAN Negeri Johor serta YBrs. En. Mohd Izani Abdullah, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
#JohorSafeZone
#GajahxManusia
#PERHILITAN
#HidupanLiar
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor