PETANI, PENTERNAK, PENGUSAHA AKUAKULTUR TERIMA BANTUAN BANJIR


Petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang menerima traktor mini menerusi insentif program Teknologi dan Mekanisasi Pertanian. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Oleh Suhana Mohd Ariffin

 

Seramai 699 petani, penternak dan pengusaha akuakultur terjejas akibat banjir pada awal tahun ini, menerima bantuan bantuan melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berjumlah keseluruhan RM2.1 juta.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM100,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk bantuan kepada 57 petani selain peruntukan Kerajaan Persekutuan iaitu RM1.17 juta untuk 353 petani diikuti RM538,304 (232 penternak) dan RM378,496 (57 pengusaha ikan sangkar).

 

Bantuan banjir tahun 2023 itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang, hari ini.

 

Selain itu, turut disampaikan 16 traktor mini bernilai RM397,600 kepada usahawan tani menerusi insentif program Teknologi dan Mekanisasi Pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman yang diusahakan seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor