PROGRAM MENTOR-MENTEE BIMBING USAHAWAN JOHOR LEBIH BERDAYA SAING

YB Tuan Haji Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor hadir ke Sesi Libat Urus dan Penyerahan Sijil Perhargaan bagi Program Youth To Entrepreneurship-Mentor Mentee 2026. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#JohorBahru – Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) terus komited untuk memperkukuh keupayaan dan daya saing usahawan di Johor menerusi Program Youth To Entrepreneurship – Mentor Mentee Tahun 2026.
Inisiatif di bawah Belanjawan Johor 2026 ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada pendekatan bimbingan, perkongsian ilmu serta pengalaman secara langsung daripada mentor yang berpengalaman, sekali gus membantu kumpulan mentee meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Hasilnya, program ini telah berjaya mencatatkan peningkatan purata keseluruhan hasil jualan sebanyak 23 peratus sehingga Jun 2026, sekali gus membuktikan bahawa ilmu yang tepat dan bimbingan yang konsisten mampu membantu usahawan meningkatkan prestasi serta mencapai hasil perniagaan yang lebih baik.
Bagi Nurul Ashikin Noor Rahim, selaku mentor dalam program berkenaan memberitahu tempoh selama tiga bulan ini amat bermanfaat dalam membantu kumpulan mentee menimba ilmu dan meningkatkan pengetahuan dalam aspek pengurusan serta pengoperasian perniagaan dengan lebih baik dan tersusun.
Sementara itu, Adelia Aminah Ikhwan Junaidi, selaku mentee di bawah bimbangan perniagaan Mr. Lok Lok bagi tahun 2025 memberitahu, ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang mengikuti program berkenaan amat bermakna, khususnya dalam aspek pengurusan halal.
Pada kali ini, beliau pula menjadi mentor dalam program tersebut berkata, ilmu sedia ada dapat membantu mengembangkan perniagaannya iaitu Pirate Takoyaki, selain meningkatkan keyakinan untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam sektor makanan dan minuman kepada mentee dibawah bimbingannya.
Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor hadir ke Sesi Libat Urus dan Penyerahan Sijil Perhargaan bagi Program Youth To Entrepreneurship-Mentor Mentee 2026 di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.
#JohorSafeZone
#PUJB
#AmazingPUJB
#UsahawanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


