Tag Archive for: johor

KETUA KAMPUNG SAMBUT BAIK PENGUMUMAN MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johor menyambut baik insentif peruntukan daripada kerajaan negeri diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam.   Pengumuman ‘berita gembira’ tersebut dibuat pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor Bersama Ketua Kampung Negeri Johor.   Presidennya, Ab. Kahar Mashuri berkata, mewakili persatuan, beliau merakamkan penghargaan dan terima […]

PEKA TERHADAP PERKEMBANGAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK DAN REMAJA

  JOHOR BAHRU — Kesihatan mental kanak-kanak dan remaja merupakan salah satu isu besar namun kurang diberikan perhatian yang sewajarnya, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Dr Zaliha berkata, terlalu ramai kanak-kanak dan remaja mengalami tekanan psikologi namun mungkin tidak memenuhi kriteria diagnostik tetapi mempunyai kesan yang ketara terhadap kesihatan, perkembangan dan kesejahteraan mereka. Beliau […]

HSA JADI LOKASI PERTAMA ‘WELLNESS HUB’ DI FASILITI HOSPITAL KKM

  JOHOR BAHRU — Hospital Sultanah Aminah (HSA) menjadi fasiliti hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pertama mempunyai kemudahan ‘Wellness Hub’ yang akan menjadi pemangkin peralihan daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata KKM sentiasa komited dalam membantu rakyat mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan supaya mereka boleh menjalankan aktiviti harian secara […]

PERIKANAN JOHOR RAMPAS LIMA PUKAT RAWA SORONG

  ISKANDAR PUTERI — Pangkalan Utama Perlindungan Sumber Tampoi, Jabatan Perikanan Johor telah merampas lima set pukat rawa sorong yang ditemui dalam operasi yang dilaksanakan pada awal Februari lalu. Dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasminya, berkata Jabatan Perikanan Johor juga mendapati kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat rawa sorong dikesan masih berleluasa walaupun penggunaannya sudah […]

PEGAWAI DAERAH MUAR DILANTIK SEBAGAI PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

  ISKANDAR PUTERI — Pegawai Daerah Muar, YB Dato’ Hj Mustaffa Kamal Dato’ Hj Shamsudin hari ini secara rasminya dilantik sebagai Pengelola Bijaya Diraja, Jabatan Diraja Johor. Pelantikan beliau diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Rohani menerusi satu kenyataan rasmi kerajaan hari ini berserta dengan pemakluman Pertukaran 56 Pegawai Tadbir […]

SMF AKAN KUNJUNGI JOHOR LIHAT POTENSI PELABURAN

  ISKANDAR PUTERI — Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) akan mengadakan misi untuk melawat Johor dalam masa terdekat.   Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi susulan sesi dialog dan perbincangan bersama SMF diketuai Presidennya, Lennon Tan.   Onn Hafiz berkata, lawatan SMF itu bertujuan melihat sendiri potensi pelaburan yang ada di […]

30 SEKOLAH JOHOR KUMPUL 24,000 KG BOTOL KACA TERBUANG

  ISKANDAR PUTERI — 30 sekolah di negeri Johor berjaya mengumpul sebanyak 24,000 kilogram (KG) botol kaca terbuang dalam tempoh empat bulan. Pengumpulan botol kaca terbabit adalah sebahagian daripada Pertandingan Jom Kita Semula Botol Kaca anjuran SWM Environment Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan O-I BJC Glass […]

EMPAT PERKARA DIBINCANGKAN BERSAMA MENTERI SINGAPURA

  ISKANDAR PUTERI — Empat perkara penting dibincangkan melibatkan kerjasama Johor dan Singapura dalam pertemuan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura, Grace Fu Hai Yien.   Onn Hafiz berkata, empat perkara tersebut adalah kredit karbon, keterjaminan makanan, kebersihan sungai dan mitigasi banjir.   “(Menteri) Grace Fu menyambut baik […]

LPP JOHOR TERIMA KUNJUNGAN DELIGASI KULIM (M) BERHAD DAN YABA AGROSAINS RESOURCES

  ISKANDAR PUTERI — Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor menerima kunjungan hormat dan perbincangan daripada Kulim (M) Berhad dan Syarikat YABA Agrosains Resources. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membina pakatan strategik dalam usaha memperkasakan sektor agromakanan dan keselamatan makanan di negara ini khususnya di Johor. Dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasminya, LPP Johor […]

RUMAH TERAPUNG UTHM ALTERNATIF ATASI MASALAH BANJIR

  BATU PAHAT — Pengalaman dan pengamatan terhadap masalah banjir yang sering melanda negara ini menyebabkan sekumpulan mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil inisiatif menganjur Seminar Rumah Terapung. Ia adalah bertujuan untuk memperkenalkan konsep kediaman terbaharu sebagai alternatif kepada masyarakat khususnya bagi penduduk yang sering terjejas dengan bencana banjir. Pengajar Kursus Kokurikulum Berkredit […]