Tag Archive for: johor

TUAH PENAMPILAN SULUNG ANIQ DI PENTAS SUKMA

  Mewakili negeri kelahiran buat kali pertama untuk acara berbasikal bagi temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 nyata menjadi satu kebanggaan bagi Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman.   Nazirul Aniq yang meminati sukan basikal sejak usia 14 tahun membuktikan bahawa segala penat lelah beliau berhasil selepas memenangi pingat perak bagi acara lepas beramai-ramai berpasukan […]

JOHOR TERIMA PELABURAN PERANTI PERUBATAN BERNILAI RM1 BILION

  Insulet Corporation, syarikat peneraju global dalam teknologi pengurusan diabetes merealisasikan pembangunan fasiliti pembuatan baharu dinamakan Omnipod 5 di Kawasan Perindustrian SiLC, Iskandar Puteri sekali gus menandakan satu pencapaian besar bagi syarikat tersebut dan juga bagi sektor peranti perubatan yang semakin berkembang.   Melibatkan nilai pelaburan berjumlah RM1 bilion atau AS$200 juta, pembinaan fasiliti Insulet […]

TERUS KEKALKAN KEHARMONIAN BANGSA JOHOR

  Kerajaan Negeri menyeru setiap lapisan masyarakat terutama Bangsa Johor terus mengekalkan nilai harmoni yang telah lama dibina oleh generasi terdahulu di negeri ini.   Keharmonian itu perlu diterapkan oleh pengguna media sosial dengan menjadikan platform tersebut sebagai medan menyebarkan mesej-mesej positif yang dapat menyemarakkan semangat perpaduan.   Ia secara tidak langsung berupaya mengekang ancaman […]

MENCORAK MASA DEPAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM JOHOR

  Dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di pusat bandar Johor Bahru, Kerajaan Negeri dicadang mengambil pendekatan komprehensif bagi menyokong penggunaan perkhidmatan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dijangka beroperasi pada tahun 2027.   Bagi Dr. Safizahanin Mokhtar, Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti […]

ELEMEN SAINS SUKAN BANTU PERSIAPAN KONTINJEN JOHOR

  Jika anda mahu bergerak cepat, jalan bersendirian. Jika anda mahu bergerak jauh, jalan beramai-ramai. Pepatah yang cukup sinonim dengan kerjasama berpasukan ditunjukkan keluarga Majlis Sukan Negeri Johor terutamanya pasukan sokongan di bawah bumbung ‘The Cage by MSNJ’.   Fasiliti berkenaan menjadi pusat sukan pertama di Johor dengan kelengkapan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan sains sukan […]

SEKOLAH RINTIS PACU PEMBANGUNAN BAKAT NEGERI JOHOR

  Aspirasi dimiliki Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor agar aspek kualiti pendidikan dipertingkatkan bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam teknologi menerusi pelaksanaan sekolah rintis Johor pada Februari 2025 disambut baik oleh pakar pendidikan.   Inisiatif tersebut disifatkan Prof. Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah sebagai tepat pada masanya bagi Johor membangunkan […]

INSENTIF BANTU TINGKAT PRODUKTIVITI HASIL PERTANIAN

  Pelbagai inisiatif dan insentif disediakan Kerajaan Negeri bagi merancakkan lagi sektor pertanian dalam usaha meningkatkan produktiviti sejajar dengan usaha menjadikan Johor sebagai peneraju sekuriti makanan negara disambut baik oleh golongan usahawan tani di negeri ini.   Bagi pengusaha ternakan lembu, Hairul Bhari Jamat, 42, bantuan disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri […]

DURIAN JOHOR ‘MENDUNIA’

Industri tanaman durian di Johor semakin mencatatkan trend positif terutama membabitkan jumlah pengusaha tanaman, keluasan serta pengeluaran raja buah itu setakat Julai ini, sekali gus mendominasi pasaran dalam dan luar negara.   Malah, sejumlah RM3.14 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2023 dan 2024 bagi usaha meningkatkan produktiviti ladang durian yang berkeluasan 853.61 hektar dab […]

THE CAGE PUSAT SUKAN ‘UNDER ONE ROOF’ PERTAMA DI JOHOR

  Penubuhan ‘The Cage by MSNJ’ pada 2017 mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dalam memastikan negeri ini bukan sahaja tidak ketandusan pelapis baharu dalam industri sukan tetapi juga melahirkan atlet yang mampu menjulang nama Johor dipersada sukan domestik mahupun antarabangsa.   Buktinya, tidak sampai lima tahun ‘The Cage’ diwujudkan, pusat […]

SUKAN BANGSA JOHOR SEMARAK XTIF JOHOR

  Setelah berlangsungnya pertandingan bagi memilih pasukan terbaik untuk mewakili kontinjen Dewan Undangan Negeri (DUN), Sukan Bangsa Johor 2024 Peringkat Negeri yang berlangsung selama dua hari di daerah Kluang membuka tirainya hari ini.   Johor menjadi satu-satunya negeri menganjurkan acara sukan melibatkan masyarakat di peringkat akar umbi yang telah bermula pada tahun 2015 dikenali Sukan […]