Tag Archive for: js-sez

RM300 JUTA PERKASA INFRASTRUKTUR DIGITAL JOHOR

  #JohorBahru – Kerajaan Johor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh infrastruktur digital negeri ini dengan melibatkan pelaburan mencecah RM300 juta bagi tempoh dua tahun akan datang. Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperluas capaian liputan internet, memperkasa keselamatan siber dan meningkatkan tahap literasi digital rakyat Johor menerusi perluasan liputan 5G, pembangunan […]

JOHOR PERHEBAT USAHA JADI DESTINASI PELABURAN PILIHAN DAN IDEAL

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor komited memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelaburan pilihan dan ideal untuk bekerja, tinggal dan beriadah selaras aspirasi agenda Maju Johor.   Bagi tujuan tersebut, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menekankan kepentingan pembangunan mampan dan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, sosial serta alam sekitar.   Agenda yang menjadi […]

PROJEK PERINTIS PERTANIAN MODEN BEROPERASI SEPENUHNYA JUN INI

  #IskandarPuteri – Projek Perintis Pertanian Moden Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bakal menerajui penghasilan produk agromakanan selamat di negeri ini, akan beroperasi sepenuhnya pada Jun depan.   Antara projek berkaitan adalah ‘Smart Indoor Vertical Farm’ diusahakan secara kolaborasi strategik antara anak syarikat Johor Corporation (JCorp), FarmByte Sdn. Bhd. dengan syarikat peneraju agriteknologi Singapura, […]

RM7 JUTA SELESAI PROJEK JEJAMBAT ATASI KESESAKAN

  #IskandarPuteri – Inisiatif pembinaan gantri kutipan tol Cahaya Masai dengan kos anggaran sebanyak RM7 juta bakal membuka akses dua hala ke Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), sekali gus memastikan penyuraian trafik di sekitar Pasir Gudang dapat dilaksanakan dan memudahkan urusan perjalanan penduduk setempat.   Keputusan ini dicapai hasil perbincangan yang dilaksanakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz […]

ZON EKONOMI KHAS JOHOR-SINGAPURA TUMPU TEKNOLOGI HIJAU

  #IskandarPuteri – Pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi hijau bagi menyokong agenda pembangunan yang lebih lestari, sekali gus membantu Johor untuk memenuhi permintaan global terhadap ekonomi berasaskan kriteria Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).   Langkah berkenaan disifatkan YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, […]

UEM SUNRISE DAN GUOCOLAND METERAI JALINAN KERJASAMA STRATEGIK

  #IskandarPuteri – Pemaju hartanah terkemuka negara, UEM Sunrise Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kumpulan hartanah berpangkalan di Singapura, GuocoLand Ltd. bagi memacu pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan mengukuhkan kedudukan Iskandar Puteri sebagai hab ekonomi utama.   Perjanjian MoU untuk pembangunan bersama bank tanah pegangan bebas terpilih UEM Sunrise di Iskandar Puteri […]

JOHOR DI LANDASAN BETUL JADI ENJIN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

  #IskandarPuteri – Johor berada di landasan betul untuk menjadi enjin pertumbuhan baharu bagi ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara didorong pelbagai projek pemangkin dan inisiatif terdapat di negeri ini.   Pewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dan pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) serta Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) akan […]

PEMASANGAN LANDASAN DEPOH WADI HANA KINI 65 PERATUS

  #JohorBahru — Kerja pembinaan bagi projek Sistem Rapid Transit (RTS Link) yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura berjalan lancar dan mengikut perancangan jadual yang ditetapkan dengan pemasangan trek landasan di Depoh Wadi Hana kini mencapai tahap kemajuan lebih 65 peratus.   Kerja pemasangan berkenaan dilaksanakan oleh RTS Operations Sdn. Bhd (RTSO) mengikut jadual […]

SUC LAHIR TENAGA MAHIR, PENUHI KEHENDAK JS-SEZ

#JohorBahru – Kolej Universiti Selatan melancarkan program ‘Southern Business School’ sebagai inisiatif dalam memberi pendidikan berkaitan perniagaan kepada generasi muda dan seterusnya memenuhi kehendak serta keperluan industri. Usaha terbaharu itu dijangka akan memberi manfaat kepada pelajar untuk mendalami ilmu berkaitan perniagaan yang merangkumi pelbagai aspek penting seperti pengurusan dan penggunaan teknologi. Inisiatif daripada Kolej Universiti […]

HAB MAKANAN HALAL PERTAMA PARIS BAGUETTE DIBUKA

  #IskandarPuteri – Pembukaan rasmi hab makanan halal Paris Baguette, rangkaian bakeri terkenal antarabangsa melibatkan pelaburan RM130 juta oleh SPC Group dari Korea Selatan di negeri ini, mengukuhkan lagi kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan primer dan ideal.   Pembangunan fasiliti canggih dilengkapi tujuh barisan pengeluaran berkapasiti 100 juta produk bakeri setahun itu bukan sahaja memperkukuhkan […]