Tag Archive for: Government of Johor

PENUBUHAN SEKRETARIAT MUAFAKAT FELDA NEGERI JOHOR DISAMBUT BAIK

  #IskandarPuteri – Penubuhan Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor mendapat reaksi positif daripada komuniti peneroka dan generasi kedua 73 tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di negeri ini.   Bagi Ahmad Fadli, 42, generasi kedua FELDA Maokil menyifatkan langkah Kerajaan Negeri menubuhkan sekretariat FELDA di peringkat negeri sebagai tindakan yang amat dinanti-nantikan dan membuktikan […]

RM1.2 JUTA NAIK TARAF JABATAN KECEMASAN 12 HOSPITAL JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi menaik taraf Jabatan Kecemasan di 12 hospital yang terdapat di seluruh negeri ini, termasuk peruntukan RM370,000 yang disediakan khas kepada Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.   Daripada jumlah itu, RM150,000 disalurkan khusus untuk Jabatan Kecemasan HSNI meliputi kerja menaik taraf dan pembelian peralatan […]

PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK GEMAS-JB HAMPIR SIAP

  #JohorBahru – Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) sepanjang 192 kilometer (KM) yang menghubungkan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Johor Bahru kini hampir siap dan dijangka dapat beroperasi dalam tempoh terdekat. Ia akan disusuli dengan perkhidmatan projek Keretapi Elektrik (ETS) sektor selatan yang dijangka akan beroperasi pada sekitar Ogos depan yang dilihat mampu membawa antara […]

JOHOR BERSIH TERBUKTI BERI IMPAK POSITIF

  #JohorBahru – Johor Bersih dilancarkan sejak Julai 2022 berjaya membuahkan hasil positif terutama meningkatkan kesedaran dan usaha pemuliharaan sungai di negeri ini sekali gus mencerminkan agenda berkenaan bukan sekadar slogan atau tindakan bersifat ‘one-off’ semata-mata.   Menerusi agenda penting tersebut, sebanyak 14 sungai yang tercemar di Johor telah dikurangkan kepada sembilan sungai setakat ini […]

300 MURID DUN PENAWAR TERIMA BANTUAN SEKOLAH

  #IskandarPuteri – Seramai 300 murid sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk Program Bantuan Kasih Murid Johor 2025 bagi memulakan sesi akademik baharu.   Antara sumbangan yang disampaikan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Penawar, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Yayasan Makmur Pengerang adalah beg, alat […]

INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA PERLU BERDAFTAR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mahu semua Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) untuk berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi kelangsungan dan pemantauan sistematik terhadap pendidikan Islam berusia lebih 100 tahun di negeri ini.   Tindakan itu selaras Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (EPSAI) 1991 yang menetapkan mana-mana institusi mengajar mata pelajaran berkaitan […]

JBIOTECH PERKASA KEMAHIRAN PEKERJA BIOMEDIKAL

  #Tangkak – Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) dengan kerjasama pelbagai institusi pendidikan akan terus memperkasa kemahiran bidang mekanikal menerusi Program Peningkatan Kemahiran dan Kompetensi.   Program selama dua hari yang dianjurkan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang itu berjaya menarik 530 peserta, selain ia juga menjadi platform terbaik […]

SINERGI PASTIKAN AGIHAN BANTUAN BANJIR LANCAR

  #KotaTinggi – Persiapan awal dan rapi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Johor dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dilihat berjaya memastikan segala bentuk sokongan serta bantuan dapat diagihkan secara teratur dan berkesan.   Sinergi itu dapat dilihat menerusi tindakan dan keprihatinan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang komited membantu penduduk yang terjejas banjir ketika ini […]

INSENTIF JS-SEZ BAWA PELABURAN BERNILAI TINGGI KE JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kewangan dan Kerajaan Johor telah mengumumkan pakej insentif cukai baharu di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berkuat kuasa 1 Januari 2025 yang bertujuan untuk menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke negeri ini.   Pakej insentif berkenaan yang merangkumi kadar cukai istimewa itu juga menjadi ikhtiar […]

JELAJAH MUO SEBAGAI PERSEDIAAN TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

  Belum pun genap setahun menjelang Tahun Melawat Johor 2026, Muar menjadi daerah pertama di negeri yang giat mempromosi sektor pelancongan menerusi penganjuran Program Jelajah Muo 1.0 yang bermula semalam dan hari ini.   Inisiatif yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Muar dengan kerjasama Tourism Johor memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, promosi destinasi pelancongan serta peningkatan […]