Tag Archive for: Government of Johor

JOHOR BAKAL HIMPUN 2,700 PENCINTA DURIAN

  Negeri Johor bakal menjadi tuan rumah Persidangan Durian Asia dan Ekspo Agroworld Malaysia 2024 yang menghimpunkan 2,700 peserta dari dalam mahupun luar negara di Galeri Jualan Forest City pada 28 hingga 30 Jun ini.   Penganjuran acara bertaraf antarabangsa tersebut menyerlahkan usaha Kerajaan Johor dalam mempromosikan musim durian dan menggalakkan aktiviti agropelancongan di negeri […]

SUKAN BANGSA JOHOR KINI BERMULA

  Jun sememangnya menjadi antara bulan yang amat dinantikan oleh rakyat di negeri ini khususnya peminat sukan apabila Sukan Bangsa Johor 2024 mula membuka tirainya.   Memasuki edisi ketiga penganjurannya, Sukan Bangsa Johor yang dibawakan khas oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) ini turut menerima sambutan hangat masyarakat khususnya golongan muda […]

PROJEK SDE, PLUS BAKAL RANCAKKAN EKONOMI JOHOR

  Projek menaik taraf Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE) yang dijangka akan bermula pada hujung bulan ini bakal ‘menjadi serampang dua mata’ apabila bakal memberi impak positif bukan sahaja kepada ekonomi Malaysia, tetapi juga pembangunan iktisad Negeri Johor itu sendiri.   Keyakinan itu disuarakan oleh Dr. Safizahanin Mokhtar, Pensyarah Kanan […]

MBJB SEDIA FASILITI LIMA BINTANG

  Bagi memberikan keselesaan kepada pelawat dan masyarakat setempat serta meningkatkan imej bandar raya Johor Bahru, pelbagai kerja naik taraf yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menjelang Tahun Melawat Johor 2026.   Antaranya, menyediakan kemudahan tandas awam bertaraf lima bintang dilengkapi ciri moden paip automatik, mesra Orang […]

MEMPERKASA SISTEM PENDIDIKAN TINGGI JOHOR

  Lawatan kerja pendidikan Kerajaan Johor ke Singapura, hari ini, telah berkunjung ke institusi pendidikan tinggi (IPT) terkemuka di negara jiran, Institut Pendidikan Nasional (NIE) iaitu institusi di bawah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS).   Untuk rekod, NTU berada di ranking ke-32 manakala NUS pula di ranking ke-19 universiti dunia 2024 […]

PROJEK ‘HIGHWAY’ PLUS, SDE BERMULA AWAL

  Selepas menanti sejak sekian lama, Bangsa Johor khususnya pengguna jalan raya, kini boleh menarik nafas lega apabila projek menaik taraf Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE) dijangka akan bermula pada hujung Jun ini.   Projek yang diperjuangkan oleh Kerajaan Johor itu juga turut disenaraikan sebagai projek berimpak tinggi yang akan […]

INSTITUSI KELUARGA TERUS DIBERI PERHATIAN

  Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Begitulah perumpamaan melambangkan kehebatan seorang ibu dalam mencorak kehidupan anak-anak agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.   Menginsafi peranan seorang ibu tiada taranya, seramai kira-kira 500 ibu diraikan pada Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Johor yang menjadi wadah terbaik bagi menghargai sumbangan dan […]

KWSAB KEKAL JADI PILIHAN PELANCONG

  Usaha Kerajaan Johor untuk memperkenalkan khazanah warisan dan budaya negeri ini terus memperlihatkan hasil apabila jumlah pelawat ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan, sekali gus menjadikannya antara destinasi pelancongan pilihan utama di Johor.   Untuk rekod, jumlah pelawat pada tahun lalu meningkat seramai 70,608 berbanding 5,652 pelawat yang dicatatkan […]

JOHOR MAHU HAPUS JURANG BANDAR DAN LUAR BANDAR

  Kerajaan Johor komited merapat dan menghapuskan jurang kualiti hidup antara bandar dan luar bandar dengan melaksanakan strategi dan objektif dalam usaha mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.   Pelbagai inisiatif sudah dan akan dilaksanakan termasuk mewujudkan peluang ekonomi dan persekitaran yang kondusif supaya setiap lapisan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar tidak ketinggalan.   Kerajaan […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN TIADA ISU KECICIRAN MURID

  Tiada seorang murid yang akan tercicir daripada mendapat akses pendidikan. Itu antara ikrar Kerajaan Johor dalam memastikan tiada pelajar yang keluar dari alam persekolahan sebelum tiba masanya.   Komitmen itu terserlah apabila seramai 342 pelajar sekolah menengah telah berjaya dibawa kembali ke sekolah menerusi program ‘outreach’ yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) […]