Tag Archive for: Kota Iskandar

JOHOR SALUR RM27.04 JUTA UNTUK PENYELESAIAN ISU RAKYAT MELALUI MTD

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor memperkukuh usaha bagi memastikan setiap isu rakyat di kawasan Dewan Negeri (DUN) di negeri ini akan dapat diselesaikan dengan segera melalui pelaksanaan inisiatif Penyelesaian Isu-Isu Mesyuarat Tindakan DUN (MTD).   Inisiatif di bawah Teras 4: Kemudahan dan Keperluan Asas pada Belanjawan Johor 2026 itu menyaksikan peruntukan sebanyak RM27.04 juta akan […]

JOHOR NEGERI PERTAMA GUNA JENTERA CANGGIH BAIKI ‘POTHOLE’

  #IskandarPuteri – Usaha Johor untuk terus menyediakan sistem jaringan jalan raya yang berkualiti tinggi dan mampan terus diperkasakan apabila menjadi negeri pertama di rantau Asia Pasifik yang bakal menggunakan dua unit jentera berteknologi tinggi JCB Pothole Pro dari Staffordshire, United Kingdom bagi mempercepat kerja dan memperkemas proses tampalan jalan berlubang atau ‘pothole’.   Dengan […]

MEMBANGUNKAN RANTAIAN BEKALAN MAKANAN MAMPAN DAN MODEN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri agresif melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi memastikan rantaian bekalan makanan lebih mampan dan moden sekali gus memperkasa sosioekonomi petani, penternak dan nelayan di negeri ini.   Antara usaha dan inisiatif digerakkan adalah membangunkan infrastruktur, memperluas aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), melaksanakan insentif bersasar kepada pengusaha tani serta memperkukuh eksport […]

PTG JOHOR TINGKAT KEUPAYAAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT

  #IskandarPuteri – Kerja-kerja menaik taraf Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 31 Julai ini, sekali gus mencerminkan iltizam dan komitmen Kerajaan Johor dalam usaha mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam di negeri ini.   Kerja penaiktarafan ini bukan sekadar melibatkan peningkatan fizikal bangunan, tetapi turut merangkumi perubahan menyeluruh dari […]

KOMITMEN KERAJAAN NEGERI ATASI KESESAKAN GREATER JOHOR BAHRU

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri komited menangani kesesakan trafik di kawasan Greater Johor Bahru melalui Pelan Induk Penyuraian Trafik yang telah dirangka bagi mengatasi isu berkenaan secara menyeluruh dan mampan.   Pelan yang merangkumi semua jabatan dan agensi berkaitan itu bagi penyuraian trafik, penaiktarafan infrastruktur jalan raya dan pengukuhan sistem pengangkutan awam termasuk pelaksanaan projek […]

KERAJAAN JOHOR TURUT FOKUS PERUMAHAN PENDUDUK LUAR BANDAR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan rakyat khususnya membabitkan keperluan kediaman komuniti luar bandar melalui dua inisiatif perumahan baharu iaitu Rumah Kasih Johor (RKJ) dan Rumah Prihatin Johor (RPJ) bagi memastikan golongan berpendapatan rendah tidak ketinggalan untuk memiliki kediaman sendiri.   Inisiatif RKJ telah diwujudkan sebagai program rumah percuma untuk golongan […]

TUMPU PERBAHASAN KEPADA TITAH PEMANGKU SULTAN JOHOR

  #IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor merafak sembah atas keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ke Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Jumaat lalu.   Bagi memastikan negeri dapat terus membangun dan taraf hidup rakyat ditingkatkan, semua […]

JOHOR TERAJUI AGENDA ‘SPORT NATION’ MENJELANG 2030

  #IskandarPuteri – Pembangunan dan pencapaian sukan di Johor kini memasuki fasa baharu yang lebih progresif dan menyeluruh, sekali gus mencerminkan komitmen negeri ini untuk muncul sebagai peneraju utama dalam landskap sukan negara pada masa akan datang.   Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah mahu melihat Johor menerajui agenda ‘Sport […]

SUASANA MERIAH REWANG IBADAH KORBAN

  Mengambil keberkatan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, lebih 200 warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bergotong royong menjayakan Program Ibadah Korban Perdana Kota Iskandar 1445H / 2024M di kawasan tempat letak kenderaan Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhamad, Kota Iskandar, hari ini.   Program bermula seawal jam 9 pagi itu merupakan anjuran Pejabat […]

IKTIRAF BAKAT, KEJAYAAN PELAJAR JOHOR

  Mengiktiraf kecemerlangan pelajar Johor mengharumkan nama negeri dan negara dalam acara serta pertandingan di pentas antarabangsa, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) menyampaikan insentif galakan program ‘Johor Stars Go Global’.   Sumbangan insentif berjumlah RM10,000 telah disampaikan kepada Sekolah Tun Fatimah disertai empat pelajar atas penyertaan dan kejayaan dalam International Art Festival and […]