Tag Archive for: maju johor

BOAT RACE @ TANJUNG SURAT JADI ACARA TAHUNAN

  #Pengerang – Perlumbaan bot bakal menjadi acara tahunan bagi Tanjung Surat Fest yang memasuki tahun ketiga penganjuran sejak tahun 2023.   Acara yang julung kali dipertandingkan pada Tanjung Surat Fest 2025 itu menjadi inisiatif bagi menarik kehadiran pengunjung sebagai persediaan Tahun Melawat Johor 2026.   Komitmen untuk menjadikan ‘Boat Race @ Tanjung Surat’ itu […]

300 MURID DUN PENAWAR TERIMA BANTUAN SEKOLAH

  #IskandarPuteri – Seramai 300 murid sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk Program Bantuan Kasih Murid Johor 2025 bagi memulakan sesi akademik baharu.   Antara sumbangan yang disampaikan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Penawar, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Yayasan Makmur Pengerang adalah beg, alat […]

JPG SUMBANG RM250,000 KEPADA WAQAF AN-NUR

  #IskandarPuteri – Johor Plantations Group Berhad (JPG) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) iaitu #JPGBerkat telah menyumbang RM250,000 kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad bagi tujuan pembelian bot penyelamat bencana dan ambulans.   Inisiatif tersebut secara tidak langsung mencerminkan komitmen teguh JPG dalam menyumbang bukan sahaja untuk aspek ekonomi tetapi juga mencakupi kesejahteraan sosial bagi […]

JOHOR PACU PEMBANGUNAN PESAT DAN SEIMBANG

  #IskandarPuteri – Tahun 2025 menjadi tahun penting bagi Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan pelaburan di negeri ini terus meningkat dan seimbang pada masa akan datang, terutama melibatkan beberapa kawasan tumpuan seperti di ‘The Greater JB’, Pengerang serta wilayah Johor Utara.   Rangkaian kawasan tersebut telah menarik minat pelabur berikutan gerak kerja strategik bagi menyediakan […]

LOGO TAHUN MELAWAT JOHOR 2026 DILANCAR

  #JohorBahru – Logo Tahun Melawat Johor 2026 dilancarkan secara rasmi di hadapan kira-kira 1,000 delegasi tempatan dan antarabangsa pada Majlis Pelancaran Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025, hari ini.   Menghimpunkan elemen sejarah, budaya dan ekonomi Johor, logo dengan reka bentuk yang padu itu menampilkan Bangunan Sultan Ibrahim sebagai sebuah cerminan warisan, masa depan serta […]

SINERGI PASTIKAN AGIHAN BANTUAN BANJIR LANCAR

  #KotaTinggi – Persiapan awal dan rapi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Johor dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dilihat berjaya memastikan segala bentuk sokongan serta bantuan dapat diagihkan secara teratur dan berkesan.   Sinergi itu dapat dilihat menerusi tindakan dan keprihatinan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang komited membantu penduduk yang terjejas banjir ketika ini […]

UEM SUNRISE SEDIA MAIN PERANAN JAYAKAN JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Johor berada di landasan tepat untuk muncul sebagai enjin pertumbuhan ekonomi utama negara terutama menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang berupaya merangsang pertumbuhan dan mentransformasi landskap hartanah serta perumahan di rantau ini.   Bakal menjadi hab ekonomi baharu, JS-SEZ diyakini berpotensi memperkukuh hubungan ekonomi Johor dan Singapura, membuka peluang pelaburan […]

AFIRUL BAWA SEMANGAT MAJU JOHOR

  #IskandarPuteri – Iltizam untuk menabur bakti kepada agama, bangsa, negeri dan negara tercinta serta keinginan membanggakan ibu bapa dan keluarga mendorong Afirul Idris Ayub Khan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya merangkul Pingat Emas Canselor semasa Upacara Konvokesyen ke-62 Universiti Sains Malaysia.   Anak jati Batu Pahat berusia 25 tahun yang telah mengharumkan nama negeri dan […]

BELANJAWAN 2025 SERLAH KONSISTENSI KERAJAAN JOHOR

  #IskandarPuteri – Belanjawan Johor 2025 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada Khamis lalu, memperlihatkan peningkatan ketara hampir RM2 bilion hasil negeri, sekali gus menyerlahkan kecekapan tadbir urus serta iltizam Kerajaan Negeri dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.   YB Prof Dato’ Dr. Kassim Thukiman, Ahli Penasihat Jumaah […]

HALA TUJU EKONOMI JOHOR TEPAT

  #IskandarPuteri – Johor berada di landasan tepat untuk memacu hala tuju ekonomi yang membangun susulan kejayaan demi kejayaan dicatatkan pentadbiran negeri terutama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini termasuk menarik pelaburan sebanyak RM43.05 bilion pada tahun lalu.   Nilai pelaburan tersebut melibatkan 751 projek diluluskan telah mencipta 19,053 peluang pekerjaan dengan pelaburan asing langsung […]