Tag Archive for: maju johor

JOHOR JUARA BOLA SEPAK MAKSAK KEBANGSAAN 2025

  #IskandarPuteri – Pasukan bola sepak Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Negeri Johor mengharumkan nama negeri apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung pada 12 hingga 14 Jun lalu di Kota Bharu, Kelantan.   Kejohanan kali ini menyaksikan pasukan Johor berjaya menampilkan persembahan yang konsisten apabila […]

KERAJAAN JOHOR PERMUDAH PEMBIAYAAN RUMAH MAMPU MILIK

  #IskandarPuteri – Komitmen Kerajaan Johor dalam memastikan rakyat di negeri ini memiliki kediaman mampu milik terus diperkukuh menerusi inisiatif J-Home One Stop Center, sebuah pusat sehenti yang diwujudkan khusus bagi memudahkan segala urusan berkaitan pembelian Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).   Inisiatif J-Home One Stop Center ini bertujuan untuk memastikan setiap proses pembelian rumah […]

KURSUS JVF TINGKAT KESIAPSIAGAAN PENGURUSAN BENCANA

    #Kluang – Seramai 28 peserta yang terdiri daripada Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) menamatkan dengan jayanya Kursus Johor Volunteer Forces (JVF) Siri 1 Modul 2 : Modul Latihan Asas Pengurusan Bencana bagi memperkasa pengetahuan dan kemahiran pengurusan kecemasan serta bencana di negeri ini.   Berlangsung selama lima hari bermula 9 hingga 13 Jun […]

PINJAMAN PENDIDIKAN YPJ BERI KELEGAAN KEPADA MAHASISWA JOHOR

  #PasirGudang – Galakan daripada kakak yang pernah menerima pinjaman pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mendorong Ariq Aidiel Kamarudin, 20, untuk memilih inisiatif berkenaan bagi membiayai pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.   Pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga memilih untuk memohon pinjaman pendidikan YPJ kerana pinjaman […]

KERAJAAN JOHOR SASAR PEMBINAAN 100,000 RUMAH MAMPU MILIK MENJELANG 2030

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus komited dan agresif dalam menyediakan kemudahan perumahan mampu milik untuk Bangsa Johor menerusi pelbagai langkah praktikal dan proaktif.   Antara usaha yang sedang digerakkan bagi menjayakan aspirasi ini termasuk mengenal pasti tanah-tanah milik kerajaan yang berpotensi untuk dimajukan, antaranya tanah milik Kerajaan Persekutuan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia […]

CADANG TUBUH IPT BERTERASKAN IDENTITI JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus komited memperkukuh sektor pendidikan di negeri ini, menerusi cadangan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) berprestij berteraskan identiti Johor.   Komitmen berkenaan diterjemahkan dalam mesyuarat ‘taskforce’ bersama wakil-wakil daripada universiti serta jabatan dan agensi berkaitan yang menjadi medan penting untuk menyelaras hala tuju kewujudan IPT tersebut.   Mesyuarat berkenaan […]

KERAJAAN NEGERI PERKASA RUMAH KASIH JOHOR, PERKENAL RUMAH PRIHATIN JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menjunjung tinggi titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk menyediakan kediaman berdaya huni kepada golongan B40 dan miskin tegar dengan memperkasa inisiatif Rumah Kasih Johor (RKJ) serta Rumah Prihatin Johor (RPJ).   Sejak bermula tahun 2023, program RKJ yang melibatkan perancangan pembinaan 500 unit rumah […]

220 PUSAT SEMBELIHAN SEMENTARA DILULUSKAN SEMPENA AIDILADHA DI JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor meluluskan 220 Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara (PKSS) di seluruh negeri bagi memudahkan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini.   Jumlah tersebut mencatatkan peningkatan berbanding 204 PKSS dibuka pada tahun lalu yang mencerminkan komitmen menyediakan kemudahan kondusif dan selamat kepada umat Islam melaksanakan […]

DESARU COAST TERUS MENJADI DESTINASI PERANGINAN UNGGUL

  #KotaTinggi – Desaru Coast kini terus memperkukuhkan usaha dalam merancakkan lagi sektor pelancongan Johor dengan melantik Mandarin Oriental sebagai pengendali baharu bagi resort ikonik persisiran pantai di Desaru Coast ke arah pengurusan profesional dan antarabangsa.   Terletak dalam kawasan tumpuan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ), resort ini berpotensi besar untuk menarik […]

AKAUN TIKTOK ‘BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA’ SAMPAIKAN AKSES MAKLUMAT PERUNDANGAN

  #JohorBahru – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) menerusi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) melancarkan akaun media sosial TikTok dalam usaha mendidik dalam menyampaikan maklumat berkaitan perundangan kepada masyarakat khususnya umat Islam di negeri ini dengan cara yang lebih santai dan mudah difahami.   Inisiatif ini secara tidak langsung mampu menjadi tunjang utama dalam memperkasakan […]