Tag Archive for: maju johor

EXCO KERAJAAN JOHOR SERU LEBIH RAMAI MENJAYAKAN JOHOR BERSIH

  ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail menyertai aktiviti ‘plogging’ di sekitar Dataran Tangkak, Tanjung Agas, dekat Tangkak, bersama penduduk setempat, hari ini.   Menurutnya, aktiviti yang bermula seawal jam 7 pagi itu merupakan salah satu langkah kerajaan negeri dalam menjalankan agenda Johor Bersih ke arah mencapai […]

GOTONG ROYONG JOHOR BERSIH TAMAN SURIA MERIAH

  ISKANDAR PUTERI — Program Gotong Royong Johor Bersih di Balai Raya Taman Suria, dekat Johor Bahru, hari ini, berlangsung meriah dengan penglibatan pemimpin dan masyarakat setempat.   Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah bersama sukarelawan Southern Volunteers.   “Saya sememangnya memastikan sukarelawan […]

PEMBELI PR1MA KOTA TINGGI DIJANGKA TERIMA KUNCI AWAL MAC INI

  ISKANDAR PUTERI — Pembeli Projek Residensi PR1MA Kota Tinggi dijangka menerima kunci kediaman masing-masing, pada awal Mac ini.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, projek sakit melibatkan 625 unit kediaman itu telah tertangguh selama 29 bulan.   “Projek sakit (Residensi PR1MA Kota Tinggi) bukan bidang […]

PEMBUDAYAAN SUKAN DI KALANGAN MASYARAKAT SECARA TOTAL

  ISKANDAR PUTERI — Penglibatan golongan muda dalam kegiatan sukan amat digalakkan agar pembudayaan sukan di kalangan masyarakat dapat diterapkan secara menyeluruh demi menjadikan Johor sebagai negeri kuasa besar sukan.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, aktiviti sukan tidak eksklusif kepada ahli sukan […]

JOHOR SEBAGAI HAB SUKAN TANAH AIR : EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berhasrat menjadikan negeri ini, sebagai hab sukan tanah air, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.   Beliau berkata, dengan infrastruktur sukan dimiliki ketika ini berserta penyelenggaraan yang baik, kemudahan tersebut boleh memberi pulangan kepada jabatan mahupun kerajaan.   […]

MENTERI BESAR JOHOR LAWAT SEKOLAH, TINJAU KEMUDAHAN

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini, mengadakan lawatan ke beberapa buah sekolah bagi meninjau keadaan dan kemudahan di sekolah yang dikunjungi.   Sekolah yang dilawati adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) St. Joseph, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Joseph, SK (P) Bandar Tinggi dan Sekolah Pendidikan Khas Nur Azalea. […]

MDKT RAIH ANUGERAH SEMPENA ASEAN TOURISM FORUM 2023

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) menerima pengiktirafan sempena ASEAN Tourism Forum 2023 di Yogyakarta, Indonesia pada 2 hingga 5 Februari lalu.   MDKT diwakili oleh Yang Dipertuanya, Mohd Fahmy Yahya telah menerima anugerah bagi kategori ASEAN Public Toilet Standard (2023-2024) bagi Pantai Awam Teluk Mahkota, Tanjung Sedili.   Anugerah tersebut disampaikan […]

PROGRAM JOHOR BERSIH TERUS DISEMARAKKAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri komited menyemarakkan lagi program Johor Bersih bagi memastikan segenap lapisan masyarakat menyahut seruan menjaga kebersihan di kawasan masing-masing.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi menjayakan usaha tersebut juga, sokongan pihak media diperlukan untuk menyampaikan mesej kerajaan negeri tentang program itu kepada masyarakat.   “Agenda Johor […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED SEDIA PRASARANA PELABURAN KONDUSIF

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited menyediakan prasarana pelaburan yang kondusif kepada pelabur untuk terus berkembang di negeri ini.   Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi setelah melawat fasiliti Pusat Kecemerlangan Biocon Sdn. Bhd. (Biocon) di Iskandar Puteri, di sini, baru-baru ini.   “Saya difahamkan Biocon merupakan antara […]

TEMPAT LETAK KERETA TAMBAHAN HSI DIBUKA HARI INI : MB

  ISKANDAR PUTERI — Tempat meletak kereta tambahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dibuka hari ini, untuk kegunaan pelawat.   Perkara itu dikongsi dan dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebook rasminya.   “Semoga tambahan ini dapat mengurangkan keadaan kesesakan kenderaan di HSI, yang sering menjadi rungutan selama ini,” katanya.   […]