Tag Archive for: maju johor

‘MOMENTO’ TERAKHIR SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR KE-24

  #JohorBahru – Majlis Penutup Program Jelajah Mesra: Menelusuri Dedikasi, Menyemai Legasi bukan sahaja berlangsung dengan penuh penghormatan tetapi juga menjadi majlis acara rasmi terakhir yang dihadiri oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani selaku Setiausaha Kerajaan Johor.   Dalam ucapan terakhirnya pada majlis yang diadakan di Hotel Opero Southkey, Johor Bahru hari […]

170 CALON STPM JOHOR RAIH PNGK 4.00

  #IskandarPuteri – Negeri Johor sekali lagi mencatat prestasi membanggakan dalam peperiksaan awam apabila keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 yang diumumkan hari ini sekali lagi berjaya mengatasi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Peringkat Kebangsaan.   Berdasarkan pengumuman keputusan STPM hari ini, PNGK STPM 2024 Negeri Johor adalah 2.95, mengatasi PNGK STPM 2024 Peringkat […]

JOHOR SERIUS PANTAU PROJEK BERIMPAK TINGGI

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus komited memantau rapi projek infastruktur berimpak tinggi supaya dapat dilaksanakan dan siap mengikut jadual sekali gus memberi manfaat secara langsung serta kesejahteraan kepada rakyat.   Antara projek yang menjadi tumpuan adalah menaik taraf Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) kepada empat lorong bernilai RM129 juta yang menunjukkan perkembangan positif apabila kemajuannya telah […]

IWG-JTDC PACU PEMBANGUNAN BAKAT JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkasa pembangunan bakat dan modal insan melalui pendekatan yang lebih strategik serta menyeluruh melalui penubuhan Industry Working Group (IWG).   Inisiatif yang dirangka melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) ini akan menjadi sebuah platform kolaboratif yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan dan institusi pendidikan […]

JOHOR CATAT NILAI JUALAN SEKTOR PERTANIAN RM27.2 BILION

  #IskandarPuteri – Johor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama sektor pertanian Malaysia apabila berjaya mencatat nilai jualan mencecah RM27.2 bilion, sekali gus mengekalkan status sebagai penyumbang terbesar kepada industri pertanian negara.   Pencapaian membanggakan tersebut secara tidak langsung membuktikan kekuatan dan potensi sektor pertanian di negeri ini serta menjadi petunjuk jelas keberkesanan dasar dan […]

NIKKEI FORUM MEDINI BUKA LEMBARAN BAHARU LANDSKAP EKONOMI JOHOR

  #IskandarPuteri – Penganjuran Nikkei Forum Medini Johor 2025 bukan sahaja sekadar acara berprofil tinggi tetapi telah berjaya membuka lembaran baharu dalam landskap ekonomi Johor, sekali gus mampu membantu merealisasikan agenda Maju Johor 2030.   Forum antarabangsa yang turut dihadiri lebih daripada 500 pemimpin ekonomi dari Malaysia, Jepun dan Asia Tenggara secara tidak langsung memperkukuh […]

JEPUN MINAT KERJASAMA DAN MELABUR DI JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Jepun menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dalam usaha memperkukuhkan lagi kerjasama ekonomi dengan Malaysia sekali gus membuka lembaran baharu hubungan dua hala merangkumi pelaburan hijau, pengangkutan pintar dan pendidikan.   Perkembangan positif tersebut dizahirkan oleh TYT Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia yang turut […]

HRD CORP AI CHALLENGE @ NTW SERLAH POTENSI ORANG MUDA JOHOR

  #IskandarPuteri – HRD Corp AI Challenge @ NTW Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 yang berlangsung sempena National Training Week (NTW) 2025 anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) menjadi antara platform penting dalam menyerlahkan potensi, bakat serta kemenjadian Orang Muda Johor dalam bidang teknologi, khususnya berkaitan elemen kecerdasan buatan (AI).   Menerusi pelaksanaan program […]

JOHOR BERPOTENSI RAIH RM26.18 BILION PELABURAN

  #IskandarPuteri – Dasar mesra pelabur yang diimplementasikan Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan keyakinan pelabur domestik dan asing sekali gus membuktikan Johor bukan sahaja memiliki potensi besar malah berada di landasan tepat sebagai peneraju ekonomi masa hadapan.   Melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J), sebanyak 439 pertanyaan berkaitan pelaburan telah diterima diikuti 57 projek […]

JOHOR JUARA BOLA SEPAK MAKSAK KEBANGSAAN 2025

  #IskandarPuteri – Pasukan bola sepak Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Negeri Johor mengharumkan nama negeri apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung pada 12 hingga 14 Jun lalu di Kota Bharu, Kelantan.   Kejohanan kali ini menyaksikan pasukan Johor berjaya menampilkan persembahan yang konsisten apabila […]