Tag Archive for: Sukan Malaysia

UMAR OSMAN PECAH REKOD 32 TAHUN SUKMA

  Stadium Sarawak menjadi saksi Umar Osman memecahkan rekod baharu sukan olahraga acara 800 meter lelaki dengan catatan masa 1:51.19 selepas 32 tahun rekod tersebut kekal.   Selepas membantu kuartet 4 x 400 meter lelaki dan memecahkan rekod acara kegemarannya 400 meter individu, Umar Osman yang berumur 21 tahun berpuas hati dengan pencapaian empat pingat […]

ELEMEN SAINS SUKAN BANTU PERSIAPAN KONTINJEN JOHOR

  Jika anda mahu bergerak cepat, jalan bersendirian. Jika anda mahu bergerak jauh, jalan beramai-ramai. Pepatah yang cukup sinonim dengan kerjasama berpasukan ditunjukkan keluarga Majlis Sukan Negeri Johor terutamanya pasukan sokongan di bawah bumbung ‘The Cage by MSNJ’.   Fasiliti berkenaan menjadi pusat sukan pertama di Johor dengan kelengkapan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan sains sukan […]

JOHOR SEDIA GEGAR BUMI KENYALANG

  Kontinjen Johor melaungkan kesediaan berjuang habis-habisan pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sekali gus menolak sebarang tekanan meskipun turun selaku juara bertahan temasya dwi-tahunan tersebut.   Seramai 599 atlet, 188 pengurus pasukan dan jurulatih serta 85 urusetia yang akan membawa cabaran kontinjen Johor bermula 17 hingga 24 Ogos depan diingatkan supaya sentiasa bekerjasama […]

THE CAGE PUSAT SUKAN ‘UNDER ONE ROOF’ PERTAMA DI JOHOR

  Penubuhan ‘The Cage by MSNJ’ pada 2017 mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dalam memastikan negeri ini bukan sahaja tidak ketandusan pelapis baharu dalam industri sukan tetapi juga melahirkan atlet yang mampu menjulang nama Johor dipersada sukan domestik mahupun antarabangsa.   Buktinya, tidak sampai lima tahun ‘The Cage’ diwujudkan, pusat […]

JAGA IMEJ BAIK NEGERI JOHOR

  Kontinjen Johor akan memulakan episod baharu temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak bulan hadapan selaku juara bertahan dan reputasi ini pasti akan menyebabkan mata peminat sukan tanah air akan memberi tumpuan lebih terhadap semua atlet Johor.   YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor […]

SUKMA XXI: LUASKAN KUASAMU JOHOR

  Semua pengurus pasukan perlu memainkan peranan penting terutama mempersiapkan atlet Johor dalam menghadapi cabaran dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Sarawak, bulan depan.   Ketua Kontinjen SUKMA Johor, YB Datuk Pandak Ahmad memberitahu, persiapan dari segi mental dan fizikal atlet Johor sangat penting kerana ia akan menjadi aset terbaik untuk mencipta […]

KEJAYAAN JDT JADI MOTIVASI GADIS KRIKET JOHOR

Pasukan kriket Wanita Johor B19 melakar kejayaan bersejarah apabila muncul juara pertama dalam Kejohanan Kriket Malaysia B19 Antara Negeri yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor, baru-baru ini. Lebih manis, kejayaan pasukan kriket terbabit hadir selepas mendapat suntikan semangat dan inspirasi daripada kejayaan luar biasa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam memenangi […]

MSNJ FOKUS TAMBAH KELOMPOK ATLET MENERUSI PROGRAM ‘RISE UP TALENT’

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) komited untuk menambah ‘pool’ atau kelompok atlet di negeri ini menerusi pelaksanaan program ‘Rise Up Talent’ (RUT) yang telah diperkenalkan pada Mei lalu.   Pengarah MSNJ, Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, berkata RUT juga berperanan menggerakkan program GRIT 2030 yang menekankan kepentingan pembangunan atlet di Negeri Johor. […]