FOREST CITY BUKAN ‘BANDAR HANTU’
#IskandarPuteri – Sebanyak 80 peratus unit komersial di Pulau Satu, sebuah pulau buatan seluas 700 ekar terletak di Forest City telah ditempah dalam masa kurang sejam sejak dilancarkan di galeri jualan Forest City.
Ia sekali gus menepis dakwaan tidak berasas Forest City sebagai bandar berhantu dan tidak berpenghuni tetapi sebaliknya pelbagai usaha telah digerakkan termasuk menjadikan kawasan tersebut sebagai zon bebas cukai bagi merancakkan kegiatan ekonomi setempat.
Selain itu, pengumuman pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) kelak turut diyakini dapat membantu meningkatkan keyakinan pelabur seterusnya merungkai potensi bagi menghidupkan semula Forest City.
Malah, langkah bagi merejuvenasi Forest City juga mula menunjukkan hasil apabila ramai warga tempatan dan pelabur menyatakan hasrat untuk memiliki unit komersial atau kediaman selain memulakan perniagaan di sana.
Menerusi jualan komersial pertama yang dijalankan di Forest City serta tawaran potongan harga yang disediakan oleh Country Garden, lebih 60 peratus pembeli unit komersial tersebut adalah warga tempatan dan Singapura, manakala selebihnya adalah pembeli antarabangsa.
Di samping itu, unit komersial terletak di Regalia Park telah memiliki pelanggan tetap terdiri daripada lebih 10,000 penduduk dan ditawarkan kepada pembeli dengan harga bermula dari RM600,000 hingga RM2.1 juta, bergantung kepada keluasan dan keistimewaan setiap unit.
Sehingga kini, Forest City menempatkan dua hotel, dua padang golf bertaraf antarabangsa, kilang prefabrikasi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) terbesar di Malaysia, sekolah antarabangsa Shattuck St. Mary Forest City serta taman tema air.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor