GALAK WANITA JOHOR TAMPIL LAKUKAN SARINGAN KESIHATAN


Kerajaan Negeri menitik beratkan aspek kesihatan bagi mendukung agenda pemerkasaan dan pemberdayaan gplongan wanita di negeri ini. | Foto MDJ

 

Program Women Cancer Reproductive Awareness (WCaRe) Johor yang merupakan inisiatif di bawah Pemberdayaan dan Kelestarian Wanita Negeri Johor dalam Teras Ketiga : Jaringan Keselamatan Sosial, Belanjawan Johor 2024 dilancarkan secara rasminya hari ini.

 

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM120,000 bagi melaksanakan program berkenaan bagi meningkatkan kesedaran kepada wanita Johor untuk tampil secara sukarela melakukan saringan awal mengesan kanser reproduktif.

 

Program di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu amat signifikan dalam memastikan aspek kesihatan diberikan perhatian bagi mendukung agenda pemerkasaan dan pemberdayaan wanita di negeri ini.

 

Untuk rekod, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.7 juta dalam Belanjawan Johor 2024 bagi melaksanakan dua inisiatif utama iaitu Pemberdayaan Wanita dan Golongan Sasar melibatkan RM1 juta serta Pemberdayaan dan Kelestarian Wanita Negeri Johor sebanyak RM770,000 yang meliputi pelaksanaan program WCaRe Johor.

 

Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf dan menghargai sumbangan signifikan wanita dalam pembangunan negeri, negara dan masyarakat malah menyeru golongan itu mengambil langkah proaktif, berdikari, mengetahui hak dan mengupayakan potensi sekali gus meraih kehidupan ke arah lebih baik.

 

Terdahulu, YB Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor 2024 dan melancarkan Program WCaRe Johor 2024 di Dewan Mutiara Johor Land, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor