GEMPA BUMI LEMAH TIDAK JEJAS PERSIAPAN TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

Kerja-kerja menaik taraf Taman Negara Johor Air Terjun Gunung Ledang dijangka siap mengikut jadual bagi menarik kehadiran 12 juta pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026. | Foto FB Raven Kumar Krishnasamy
#JohorBahru – Beberapa siri gegaran akibat gempa bumi lemah yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini, sejak 24 Ogos lalu, tidak menjejaskan persiapan untuk menjayakan kempen Tahun Melawat Johor 2026.
Semua kempen berkenaan meliputi penganjuran acara, pembangunan infrastruktur dan promosi diteruskan seperti biasa sekali gus mengekalkan keyakinan pelancong serta pelabur terhadap Johor sebagai destinasi utama pelaburan dan pelancongan di rantau ini.
Kerajaan Negeri juga terus komited dalam memacu persiapan menjayakan kalendar pelancongan utama melalui pelbagai projek menaik taraf destinasi sedia ada termasuk Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) yang kini di peringkat akhir kerja.
Kerja-kerja menaik taraf Taman Negara Johor Air Terjun Gunung Ledang, Muzium Tokoh Johor dan kawasan ekopelancongan di Kampung Sungai Melayu turut dijangka siap mengikut jadual dalam usaha menarik kehadiran 12 juta pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Tidak hanya bergantung kepada satu tarikan semata-mata, Johor memperkukuh ekosistem pelancongan secara menyeluruh merangkumi warisan, kebudayaan, ekopelancongan dan hiburan keluarga agar pengunjung merasai keunikan tersendiri ditawarkan oleh negeri ini.
Terdahulu, YB Tuan K. Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor hadir menyempurnakan perasmian Festival & Ekspo Perdagangan Deepavali Asia Tenggara di Sutera Mall, pada Jumaat.
#JohorSafeZone
#VisitJohor2026
#MajesticJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor