HOSPITAL PASIR GUDANG BEROPERASI APRIL 2025


YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Hospital Pasir Gudang bagi meninjau kemajuan kerja fasiliti kesihatan tersebut. | Foto MDJ Bayu Wira

 

Projek pembinaan Hospital Pasir Gudang melibatkan kos RM375.5 juta yang mendapat perhatian Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bakal beroperasi pada April tahun hadapan.

 

Mula dibina September 2020 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2025, fasiliti kesihatan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk sekitar di daerah Johor Bahru khususnya kawasan Pasir Gudang.

 

Untuk rekod, tahap kemajuan pembinaan Hospital Pasir Gudang kini mencapai 83.55 peratus iaitu 60 hari lebih awal daripada jadual asal sekali gus menjadi projek contoh penggunaan konsep reka dan bina.

 

Apabila siap kelak, hospital terletak di Bandar Seri Alam yang dibina di atas tapak seluas 51 ekar itu berupaya mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

 

Menyediakan fasiliti bertaraf dunia merangkumi pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan, Hospital Pasir Gudang bakal dilengkapi 304 katil, lapan bilik bedah dan 65 bilik konsultasi bagi rawatan pesakit luar serta 14 perkhidmatan pakar.

 

Terdahulu, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Hospital Pasir Gudang bagi meninjau kemajuan kerja fasiliti kesihatan tersebut, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor