HRD CORP AI CHALLENGE @ NTW SERLAH POTENSI ORANG MUDA JOHOR

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir merasmikan Majlis Penutup Pusingan Akhir HRD Corp AI Challenge @ NTW Peringkat Negeri Johor Tahun 2025. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#IskandarPuteri – HRD Corp AI Challenge @ NTW Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 yang berlangsung sempena National Training Week (NTW) 2025 anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) menjadi antara platform penting dalam menyerlahkan potensi, bakat serta kemenjadian Orang Muda Johor dalam bidang teknologi, khususnya berkaitan elemen kecerdasan buatan (AI).

 

Menerusi pelaksanaan program seumpama ini turut membuktikan golongan muda di negeri ini mampu mencipta solusi digital yang relevan dan memberi impak besar kepada masyarakat sekiranya diberikan ruang, peluang, bimbingan serta pendedahan yang tepat dan sewajarnya.

 

Menerusi penyertaan 60 peserta projek bagi kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan terbuka pada pertandingan kali ini, ia secara tidak langsung memperlihatkan minat yang semakin berkembang dalam kalangan masyarakat terhadap bidang teknologi digital, khususnya AI sebagai salah satu cabang teras kemahiran pada masa depan.

 

Pertandingan seperti ini juga turut berperanan besar dalam memperluas akses kepada latihan kemahiran terutama kepada masyarakat yang berada di luar bandar. Ia bukan sahaja mengurangkan jurang penggunaan teknologi tetapi juga memberi peluang kepada nilai tambah dalam meningkatkan prospek kerjaya rakyat di Johor pada masa akan datang.

 

Selain itu, penyertaan daripada pelajar sekolah menengah dilihat menjadi antara langkah awal yang amat signifikan dalam memupuk minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), seiring dengan pelbagai inisiatif yang telah digerakkan oleh Kerajaan Johor bagi memperkukuh kemahiran digital anak muda termasuk melalui Majlis Pembangunan Bakat Negeri Johor (JTDC).

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir merasmikan Majlis Penutup Pusingan Akhir HRD Corp AI Challenge @ NTW Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 di Universiti Reading Malaysia, Iskandar Puteri, hari ini.

 

#WTN
#NTW
#AIChallenge
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor