IKSA SUMBANG MESIN KARDIOGRAFI KEPADA HOSPITAL SULTANAH AMINAH

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor menyempurnakan Majlis Penyerahan Mesin Ekokardiografi oleh IKSA kepada HSA Johor Bahru di Wad Kardiotorasik di HSI Johor Bahru. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Firma guaman Ikbal Salam & Associates (IKSA) menyumbangkan mesin ekokardiografi bernilai RM299,000 kepada wad kardiotorasik Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Sumbangan untuk wad yang kini beroperasi sementara di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru itu menterjemahkan komitmen terhadap usaha bersama memperkukuh perkhidmatan kesihatan di negeri ini.
Selain itu, sumbangan diterima daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yayasan dan orang perseorangan itu mencermin keprihatinan untuk meringankan beban dihadapi fasiliti kesihatan awam.
Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan yang diterima hospital dan fasiliti kesihatan di Johor meliputi kelengkapan perubatan, perabot serta bantuan sokongan lain demi perkhidmatan kesihatan optimum kepada rakyat.
Meskipun sektor kesihatan terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri komited memastikan kebajikan petugas kesihatan terus terbela selaras dengan pendekatan ‘Whole-of-Nation’.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor menyempurnakan Majlis Penyerahan Mesin Ekokardiografi oleh IKSA kepada HSA Johor Bahru di Wad Kardiotorasik di HSI Johor Bahru, hari ini.
#Kesihatan
#SistemKesihatanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor