JABATAN, AGENSI KERAJAAN DISERU TERAP 4 PERKARA TINGKAT PERKHIDMATAN


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah pada Majlis 2024 ‘Kick-Off’ bersama jabatan dan agensi di bawah portfolio Belia dan Sukan. | Foto Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ)

 

Agensi dan jabatan kerajaan diseru untuk menerapkan empat perkara penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, sekali gus menjayakan segala agenda yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada pembentangan Belanjawan Johor 2024 yang lalu.

 

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah pada Majlis 2024 ‘Kick-Off’ bersama jabatan dan agensi di bawah portfolio Belia dan Sukan.

 

Antara perkara yang ditekankan ialah semua penjawat awam perlu menerapkan nilai integriti ketika menlaksanakan tugas dan mesti bekerja sebagai satu pasukan walaupun berlatar belakang daripada jabatan yang berlainan.

 

Selain itu, setiap pengarah atau ketua jabatan juga diminta untuk menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap kakitangan bagi meningkatkan pencapaian individu dan seterusnya membawa kepada kejayaan setiap individu atau jabatan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor