JANGAN AMBIL MUDAH ATAU LENGAHKAN RTB


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Johor Bahru. | Foto ihsan MEDKOM

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengambil mudah atau melengahkan pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor.

 

Ketegasan tersebut dizahirkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang turut akan memastikan segala usaha dirancang dilaksanakan dengan segera demi kesejahteraan dan keselamatan Bangsa Johor.

 

Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah diarahkan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek RTB bagi mengurangkan risiko banjir berulang yang sering melanda negeri ini.

 

Selain itu, seluruh Bangsa Johor terutama di kawasan berisiko diseru untuk terus waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya usaha pengurusan banjir di negeri ini, berjalan dengan lancar.

 

Terdahulu, Menteri Besar Johor meninjau keadaan air sungai di kawasan terjejas dan menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Johor Bahru.

 

Turut hadir, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor; YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru serta YBhg. Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru.

 

#Banjir
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor