JDT HARGAI PENYOKONG SETIA

Lebih 25,000 penyokong setia JDT memenuhi Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan aksi pertama Pusingan 16 Terbaik Zon Timur Liga Juara-Juara AFC Elit. | Foto MDJ Wira Anggara
#IskandarPuteri – Lebih 25,000 penyokong setia Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membanjiri Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi menyaksikan perlawanan pertama Pusingan 16 Terbaik Zon Timur, Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Perlawanan JDT menentang wakil Liga 1 Jepun, Sanfrecce Hiroshima ini bukan sahaja menjanjikan aksi menarik di atas padang, malah turut menawarkan juadah berbuka puasa buat penyokong Harimau Selatan yang hadir memberikan sokongan.
Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan penyokong yang hadir dapat menunaikan kewajipan berpuasa dengan selesa sebelum menyaksikan perlawanan penting tersebut.
Pelbagai juadah berbuka puasa yang disediakan termasuk bubur lambuk, nasi beriani, mi kawah, buah-buahan dan minuman. Selain itu, kemudahan tandas dan juga ruang solat disediakan bagi memudahkan urusan penyokong.
Untuk rekod, SSI pernah mencatatkan kehadiran tertinggi penyokong seramai 34,644 bagi perlawanan Pusingan 16 Terbaik ACLE di antara JDT vs Buriram pada tahun lepas.
Terdahulu, YB Dato’ Mohammed Ridha Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Penyokong JDT di ruang parkir Zon 3 SSI. Hadir sama, YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan Encik Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru.
Luaskan Kuasamu Johor!
#ACLElite
#JDTvSFH
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


