JOHOR BAHRU, BATU PAHAT ANTARA PENYUMBANG UTAMA KDNK


Pasar Karat, Johor Bahru. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Johor Bahru dan Batu Pahat muncul antara 20 daerah di negara ini, mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi menerusi Laporan KDNK Daerah Pentadbiran 2015 – 2020 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Menerusi laporan berkenaan, Johor Bahru menduduki tangga kedua dengan kadar KDNK sebanyak 4.8 peratus bersamaan RM64.3 bilion, manakala Batu Pahat menyumbang RM14.3 bilion atau 1.1 peratus sumbangan KDNK kepada negara.

 

Selain itu, Johor Bahru juga tersenarai sebagai 10 daerah yang mempunyai nilai ditambah tertinggi bagi sektor perkhidmatan pada tahun 2020 setelah menyumbang sebanyak RM37.8 bilion (4.9 peratus) selain turut merekodkan RM21.9 bilion sumbangan dalam sektor pembuatan dalam tempoh sama.

 

Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Tangkak turut disenaraikan antara 10 daerah dengan nilai ditambah tertinggi dalam sektor pertanian selepas menyumbang nilai KDNK keseluruhan sebanyak 10 peratus daripada 22.7 peratus direkodkan.

 

Pada Julai lalu, DOSM melaporkan Johor menjadi penyumbang ekonomi ketiga negara selepas mencatatkan nilai KDNK memberangsangkan iaitu RM148.2 bilion pada 2023 ketimbang RM142.4 bilion tahun sebelumnya serta pertumbuhan ekonomi yang kukuh sebanyak 4.1 peratus sejak fasa pemulihan COVID-19.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor