JOHOR DESTINASI PILIHAN PUSAT DATA


Pusat Data Negeri Johor.

 

Iltizam Kerajaan Negeri memberikan penekanan terhadap agenda pembangunan mampan dan tenaga hijau meletakkan Johor berada di landasan tepat sebagai hab pusat data terbesar serantau.

 

Rangka kerja dan dasar berkaitan kelestarian berpotensi merangsang pembangunan dan pertumbuhan pelaburan di negeri ini, sekali gus membawa manfaat daripada limpahan permintaan pasaran utama ke atas pusat digital baharu.

 

Johor turut diyakini oleh BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions terus menjadi peneraju dari segi kapasiti teknologi maklumat (IT) dengan muatan sedia ada sebanyak 268.5 megawatt (MW) selain terdapat kira-kira 507MW sedang dibina dan 921MW dirancang untuk tempoh jangka masa panjang.

 

Sehingga Jun lalu, sebanyak sembilan projek pusat data telah berjaya dilaksanakan melibatkan kapasiti 1,280MW, manakala enam projek berkapasiti 1,490MW sedang dalam pembinaan selain lebih 30 projek di peringkat perbincangan dan kelulusan.

 

Pembangunan pusat data di negeri ini dipantau oleh Jawatankuasa Penyelerasan Pembangunan Pusat Data Negeri Johor yang berperanan memastikan pembangunan projek berkenaan memberi fokus kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi menjimatkan elektrik dan penggunaan air.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor