JOHOR KOMITED PERKUKUH TENAGA KERJA MAHIR
#IskandarPuteri – Negeri Johor terus komited memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pembangunan tenaga kerja mahir melalui pelbagai inisiatif strategik diterajui Majlis Pembangunan Bakat Negeri Johor (JTDC).
Peranan signifikan JTDC dalam memastikan ketersediaan tenaga kerja mahir tempatan juga diyakini mampu membina masa depan lebih cerah untuk Orang Muda Johor sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memenuhi permintaan industri.
Usaha dilaksanakan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negeri dan negara terutama menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta memperkasa graduan TVET melalui latihan industri, bimbingan kerjaya dan platform penempatan kerja.
Dengan usaha yang berterusan, Johor kekal berada di hadapan dalam memperkasakan belia dan memastikan pendidikan TVET terus relevan dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menghadapi cabaran ekonomi pada masa depan.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyempurnakan perasmian Karnival Kerjaya dan Pendidikan TVET Zon Johor 2025 di Kolej Vokasional Kluang, semalam.
Penganjuran Karnival Kerjaya dan Pendidikan TVET Zon Johor 2025 memperkukuhkan kerjasama antara sektor pendidikan dan industri menerusi penyerahan Surat Niat (LOI) oleh 14 pemain industri kepada Kolej Vokasional Zon Johor bagi pengambilan tenaga kerja.
#TVET
#JTDC
#WTN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor