JOHOR PENERAJU TANGANI PERUBAHAN IKLIM


YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar hadir merasmikan Persidangan Green Legacy Johor 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Hijau Negeri Johor dalam usaha memperkasa dan menjayakan agenda ‘Johor Green Deal’ seterusnya menjadikan negeri ini peneraju kelestarian di Asia Tenggara.

 

Jawatankuasa dipengerusikan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor itu berperanan menyelaras dan menetapkan hala tuju jelas termasuk dasar tenaga boleh diperbaharui, pembangunan bandar lestari dan teknologi hijau yang akan dimasukkan ke dalam Belanjawan Johor 2025.

 

Penganjuran Persidangan Green Legacy Johor 2024 telah menterjemah mesej jelas serta komitmen Kerajaan Negeri untuk menerajui misi mencari penyelesaian sesuai dan menjalin kerjasama strategik bagi berdepan cabaran perubahan iklim di peringkat global.

 

Sementara itu, Kerajaan Johor dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyiasat lebih 150 kilang berhubung isu pembuangan sisa kimia di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Desa Tropika yang berlaku pada September.

 

Kerajaan Negeri sedang melaksanakan kerja pembersihan sisa kimia di Kota Tinggi yang akan diperhebat dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi mempercepat proses pembersihan di sana.

 

Terdahulu, YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar hadir merasmikan Persidangan Green Legacy Johor 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

 

Hadir sama, YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor; dan YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Pusat Kelestarian Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor