JOHOR SERIUS CARI SOLUSI KRISIS PERUBAHAN IKLIM


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan rangka persiapan untuk penganjuran APCW 2023 kini berada di fasa akhir. | Foto ihsan Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

Asia Pacific Climate Week (APCW) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 13 hingga 17 November ini, dijangka menerima kehadiran 2,000 delegasi.

 

Sebagai tuan rumah, Johor dan Malaysia juga bakal menjadi tumpuan dunia menerusi penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa ini.

 

Kerajaan Negeri dalam rangka persiapan untuk penganjuran APCW 2023 yang kini berada di fasa akhir, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 

Penganjuran persidangan ini juga menterjemahkan Negeri Johor serius dalam mendepani krisis perubahan iklim global dengan solusi antaranya peralihan tenaga hijau.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor