JOHOR TINGKAT KELUASAN TANAMAN, HASIL PADI

YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor hadir merasmikan Pembangunan Sawah Padi Baharu Kluang di Sawah Kahang, pada Khamis. | Foto ihsan Facebook Zahari Sarip.
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor akan memperluas kawasan penanaman padi di negeri ini menerusi inisiatif pembukaan kawasan baharu seluas 80 hektar di Sawah Kahang dan Sawah Sungai Balang, Muar bagi menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
Langkah meluaskan kawasan sawah padi di negeri ini bakal menjadikan jumlah keseluruhan kawasan tanaman yang aktif di Johor adalah seluas 1,693 hektar dengan sasaran peningkatan hasil padi sebanyak 240 tan semusim dan seterusnya menjayakan agenda menjadikan negeri ini sebagai ‘Periuk Nasi Selatan’.
Pembukaan kawasan baharu di Sawah Kahang akan diusahakan oleh seramai 55 ahli Koperasi Pesawah Kahang dengan sasaran tambahan hasil sebanyak 80 tan semusim selepas kerja-kerja pembukaan 10 hektar yang kini sedang dilaksanakan dapat disiapkan sepenuhnya kelak.
Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan infrastruktur sawah luar jelapang turut disokong melalui peruntukan khas berjumlah RM798,230 yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada tahun lalu serta tambahan RM700,000 yang diperuntukkan pada Belanjawan Johor 2025.
Walaupun ia dikategorikan sebagai sawah padi di luar jelapang, usaha Kerajaan Negeri telah berjaya
meningkatkan produktiviti pengeluaran tanaman padi bagi musim utama 2023/2024 yang berjaya melonjakkan hasil pengeluaran padi kepada 6,415 metrik tan berbanding 5,581 metrik tan pada musim utama tahun 2022/2023.
Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor hadir merasmikan Pembangunan Sawah Padi Baharu Kluang di Sawah Kahang, pada Khamis.
#BerasTempatan
#PeriukNasiSelatan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor