JOHOR TINGKAT PELUANG KERJA DENGAN GAJI LUMAYAN


Gerak Kerjaya Mega MYFuture Jobs Johor (GEGAR) 2024. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kerajaan Negeri dengan kerjasama pemain industri akan berusaha menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan lumayan khusus buat generasi muda berkemahiran tinggi untuk berkhidmat di Negeri Johor.

 

Langkah tersebut akan memastikan kadar gaji diterima lebih tinggi dan setimpal dengan kemahiran dimiliki sekali gus menjadi faktor utama menarik lebih ramai bakat tempatan untuk memenuhi keperluan industri.

 

Penyediaan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi juga secara tidak langsung berupaya menyelesaikan masalah kesesakan pintu sempadan negara di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

 

Kerajaan Johor juga akan menyediakan kemudahan kepada pelabur menerusi inisiatif galakan pelaburan dengan membangunkan infrastruktur bekalan elektrik dan air yang mampan sekali gus menjadi daya tarikan syarikat luar mengembangkan perniagaan di sini.

 

Di samping itu, Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) bersedia memainkan peranan selepas diberi mandat menerajui Majlis Pembangunan Bakat Negeri Johor (JTDC) dalam memperhalusi mekanisme penyediaan sumber manusia yang mencukupi.

 

Malah, inisiatif bagi menyediakan peluang pekerjaan menerusi program Gerak Kerjaya Mega MYFuture Jobs Johor (GEGAR) 2024 juga telah berjaya membantu lebih 500 pencari kerja mendapatkan pekerjaan selepas menghadiri temu duga terbuka.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor