JOM BERWAKAF DENGAN SAHAM WAKAF JOHOR


Majlis Taklimat Perdana Saham Wakaf Johor di Hotel Renaissance, Johor Bahru yang dihadiri YB Dato’ Dr. Nooh Gadot, Penasihat MAINJ. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus memperkukuhkan peranannya dalam pembangunan aset wakaf di negeri ini menerusi inisiatif Saham Wakaf Johor (SWJ), yang berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM2.26 juta setakat Ogos tahun ini.

 

Hasil kutipan tersebut akan diuruskan secara optimum oleh MAINJ dan digunakan bagi melaksanakan pelbagai projek wakaf yang bakal memberi manfaat besar kepada masyarakat terutamanya rakyat Negeri Johor.

 

MAINJ juga optimis mampu mengutip sebanyak RM6 juta menjelang akhir tahun ini dengan menyeru rakyat Johor agar turut serta dalam program Saham Wakaf Johor ini sebagai satu bentuk amal jariah yang akan memberi manfaat kepada penerima wakaf yang layak.

 

Antara projek yang bakal dilaksanakan termasuk pembangunan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ), Sekolah Menengah Antarabangsa Tahfiz Sains, asrama pelajar Johor di Mesir, pusat hemodialisis, serta penerbitan Mushaf Al-Quran versi Johor dan terjemahan untuk negara luar.

 

Terdahulu, telah berlangsungnya Majlis Taklimat Perdana Saham Wakaf Johor di Hotel Renaissance, Johor Bahru yang dihadiri YB Dato’ Dr. Nooh Gadot, Penasihat MAINJ; YBhg. Tuan Haji Nasri Md Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ dan YB SS Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohamed, Timbalan Mufti Jabatan Mufti Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor