KELAS DARJAH KHAS SAKJ DIBENARKAN SECARA BERSEMUKA ESOK

Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini keadaan jerebu dengan purata status kualiti udara berada pada tahap sederhana.
#IskandarPuteri – Pertemuan Kelas Darjah Khas di semua Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) esok, dibenarkan dilaksanakan secara bersemuka susulan trend penurunan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Negeri Johor sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini keadaan jerebu dengan purata status kualiti udara berada pada tahap sederhana.
Selain itu, semua program dan aktiviti sekolah yang melibatkan murid pada 24 dan 25 Oktober turut dibenarkan untuk dilaksanakan tertakluk kepada keadaan semasa kualiti udara serta arahan pihak berkuasa berkaitan.
Bagaimanapun, sekiranya bacaan IPU mencapai 150 dan ke atas pada hari berkenaan, pertemuan Kelas Darjah Khas hendaklah dilaksanakan menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Dalam keadaan tersebut, semua program dan aktiviti sekolah secara bersemuka yang melibatkan murid juga hendaklah ditangguhkan sehingga kualiti udara kembali berada pada tahap yang sesuai dan selamat.
Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing, manakala guru, ibu bapa dan penjaga diminta memberikan kerjasama sepenuhnya serta peka terhadap perkembangan semasa jerebu demi menjaga keselamatan dan kesihatan seluruh warga pendidikan Islam di Johor.
Kebenaran berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada perkembangan semasa jerebu, bacaan IPU serta arahan rasmi pihak berkuasa, manakala sebarang perubahan ketetapan akan dimaklumkan oleh BPI JAINJ menerusi saluran rasmi dari semasa ke semasa.
#JohorSafeZone
#KelasDarjahKhas
#JAINJ
#SAKJ
#Jerebu
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


