KERAJAAN JOHOR AGIH 5,000 BAKUL MAKANAN


Program Bantuan Kasih Johor. | Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor yang akan memanfaatkan 280,000 keluarga miskin dan kurang berkemampuan dalam kalangan B40 di seluruh negeri ini.

 

Bagi tujuan itu, sebanyak 5,000 bakul makanan asas meliputi beras, minyak masak, tepung gandum, gula, dan sardin akan diagihkan kepada golongan rentan di semua 56 kawasan Dewan Negeri Johor secara berfasa bermula akhir tahun ini.

 

Inisiatif berkenaan mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam berkongsi rezeki dan limpahan kemakmuran ekonomi kepada Bangsa Johor berikutan bakal meraih hasil yang mencecah RM2 bilion buat pertama kali dalam sejarah negeri ini.

 

Agihan 1,000 bakul makanan kepada setiap kawasan ini akan dilaksanakan secara lima peringkat bermula bulan ini hingga bulan depan bagi memastikan pengurusan logistik berjalan lancar dan setiap bekalan barangan kawalan dapat disediakan mengikut keperluan.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor melancarkan Program Bantuan Kasih Johor bagi Dewan Negeri Johor kawasan Machap dan Layang-Layang di Simpang Renggam.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor