KERAJAAN JOHOR BERI TUMPUAN ISU KEKURANGAN PARKIR DI CIQ


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kekurangan parkir kereta dan motosikal perlu diperbaiki terutama dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan. | Foto ihsan Onn Hafiz Ghazi

 

ISKANDAR PUTERI — Isu kekurangan tempat meletakkan kenderaan untuk pegawai dan orang awam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) mendapat perhatian kerajaan negeri.

 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kekurangan parkir kereta dan motosikal perlu diperbaiki terutama dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.

 

“Walaupun keadaan untuk laluan motosikal, kereta dan bas semakin baik. Namun, masih ada perkara yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik.

 

“Kerajaan negeri dengan kerjasama dan bantuan Kerajaan Persekutuan juga perlu mencari kaedah penyelesaian isu kekurangan tempat letak kereta dan motor bagi kegunaan pegawai dan orang awam,” kata beliau di Facebook rasminya, semalam.

 

Terdahulu, Menteri Besar Johor melakukan tinjauan keadaan laluan Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar, pagi tadi.

 

Turut bersama beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh dan Ketua Pengimbang Kerajaan Dewan Negeri Johor, Andrew Chen Kah Eng.

 

Onn Hafiz menzahirkan rasa percaya kerjasama strategik dan berterusan antara semua pihak mampu menangani isu kesesakan di kedua-dua laluan antara Johor dan Singapura dengan lebih berkesan.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor