KERAJAAN JOHOR PEDULI PEMBANGUNAN MASYARAKAT ORANG ASLI


Usaha dan keprihatinan Kerajaan Johor dizahirkan menerusi peruntukan berjumlah RM8.3 juta daripada pelbagai agensi dan jabatan program pembangunan komuniti untuk manfaat lebih 18,000 penduduk dari enam suku utama masyarakat Orang Asli di Johor. | Foto Nor Nazreen.

 

Kebajikan dan pembangunan Orang Asli di Johor terus diberi tumpuan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri menerusi peruntukan signifikan disediakan bagi menjaga lingkungan semula jadi kumpulan masyarakat ini.

 

Usaha dan keprihatinan Kerajaan Johor dizahirkan menerusi peruntukan berjumlah RM8.3 juta daripada pelbagai agensi dan jabatan merangkumi iltizam bagi menyokong pelbagai program pembangunan komuniti untuk manfaat lebih 18,000 penduduk dari enam suku utama masyarakat Orang Asli.

 

Kerajaan Negeri turut menyampaikan peruntukan berjumlah RM900,000 bagi melaksanakan Program Kampung Orang Asli Sejahtera serta penganjuran Program Komuniti, Kebudayaan dan Adat Resam Masyarakat Orang Asli Negeri Johor.

 

Antara agensi dan jabatan kerajaan yang turut menyumbang ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan sumbangan sebanyak RM6.6 juta, FELCRA Berhad RM1.6 juta, dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyalurkan sejumlah RM188,000.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir merasmikan perasmian penutup Karnival Kebudayaan Orang Asli Negeri Johor di Kampung Orang Asli Sungai Layau yang berjaya menarik lebih 1,500 pengunjung sepanjang dua hari karnival berlangsung.

 

Hadir sama, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor; YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan YBhg Datuk Sapiah Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor