KERAJAAN JOHOR SERIUS MAJUKAN E-SUKAN


YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri serius memajukan pembangunan sukan elektronik (e-sukan) menerusi komitmen tinggi bagi menjayakan inisiatif dan perancangan dalam industri berkembang pesat tersebut dengan penglibatan Bangsa Johor.

 

Komitmen yang telah ditunjukkan adalah penganjuran iaitu Mobile Legend : Bang Bang Professional League (MPL) Playoff Season 14 oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan KPRJ Sports Sdn. Bhd. membabitkan peruntukan RM200,000.

 

Berlangsung tahun ini, pertandingan e-sukan berskala besar di peringkat kebangsaan itu telah merekodkan lebih 15,000 peminat hadir ke Kompleks Sukan Educity dan 35,000 penonton yang menyaksikan acara secara atas talian.

 

MPL Playoff Season 14 berjaya mencatatkan ‘PR Value’ sebanyak RM179 juta, capaian 1.58 bilion di lima platform media sosial utama, jumlah ‘mentions’ berjumlah 4,700 dan tontonan mencecah lebih 13 juta jam.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri juga berusaha menjadikan e-sukan sebagai sektor yang memberi impak kepada ekonomi dengan galakan penyertaan syarikat tempatan dalam bentuk penganjuran acara, pengeluaran peralatan dan cenderamata.

 

Pembangunan komuniti e-sukan yang positif dan inklusif turut ditekankan termasuk galakan penglibatan masyarakat untuk mempamerkan bakat mahupun potensi kerjaya sekali gus menjadikan Johor salah satu hab utama e-sukan di negara ini.

 

Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Larkin itu berkata demikian ketika menjawab soalan YB Tuan Chen Kah Eng, Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Stulang pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2025) mengenai rancangan Kerajaan Negeri untuk menggiatkan penglibatan rakyat dalam e-sukan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor