KERAJAAN NEGERI AGIH BANTUAN KEPADA 4,353 PENERIMA DUN MACHAP

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang juga Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Machap menyantuni penerima sumbangan BKJ di DUN Machap. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#Kluang – Seramai 4,353 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap menerima inisiatif bantuan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM800,000 merangkumi golongan ibu tunggal, pelajar sekolah, penggiat seni usia emas serta 18 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

 

Inisiatif tersebut meliputi Bantuan Kasih Johor (BKJ) terdiri daripada Insentif Pesona Ibu Tunggal Johor, Program ‘Back To School’ Negeri Johor dan Insentif Penggiat Seni Usia Emas yang mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri memastikan kebajikan rakyat pelbagai lapisan terus terbela.

 

Bagi Asiah Wakiman, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Simpang Renggam menyifatkan bantuan yang disampaikan sebagai amat bermakna dan menjadi simbol penghargaan terhadap pengorbanan golongan ibu tunggal memikul tanggungjawab besar menjaga keluarga selain menjadi suntikan semangat untuk meneruskan kehidupan.

 

Sementara itu, Sri Ranjani Narayanan, 45, yang mewakili ibunya Vanapechinee Mutuhukarpan, 70, seorang ibu tunggal, menzahirkan rasa syukur atas bantuan berkenaan yang membantu meringankan beban perbelanjaan harian termasuk kos pembelian ubat-ubatan dan bayaran sewa rumah.

 

Dalam pada itu, Nur Husnina Firdaus, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abd Rahman Andak pula berterima kasih atas bantuan ‘Back To School’ yang disifatkan sebagai dorongan untuk dirinya terus memberi tumpuan kepada pelajaran demi mencapai kejayaan serta kembali menyumbang kepada negeri pada masa hadapan.

 

Selain BKJ, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM155,100 bagi menyokong pelaksanaan Program ‘Back To School’ di DUN Machap yang memanfaatkan seramai 1,034 pelajar sekolah rendah dan menengah.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang juga Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Machap menyampaikan sumbangan BKJ dan Program ‘Back To School’ kepada penerima di DUN Machap di empat lokasi secara berasingan yang menjadi cerminan komitmen Kerajaan Negeri memulangkan semula hasil negeri berjaya diraih kepada rakyat.

 

#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2026
#BangsaJohorSejahtera
#BantuanKasihJohor
#BackToSchool
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor