KESELAMATAN MURID DIUTAMAKAN, ISU KAWASAN SEKOLAH DIBERI PERHATIAN

Usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen untuk memastikan persekitaran sekolah di Johor sentiasa berada dalam keadaan selamat, selesa dan kondusif demi kesejahteraan serta kebajikan anak-anak Johor. | Foto FB Dr. Naqib Ghazali
#IskandarPuteri – Keselamatan murid terus menjadi keutamaan apabila beberapa isu berkaitan keadaan persekitaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid dan SMK Aminuddin Baki akan diberi perhatian sewajarnya susulan tinjauan yang dijalankan di kedua-dua sekolah berkenaan.
Kedua-dua sekolah yang terletak bersebelahan itu mempunyai kawasan belukar yang memisahkan antara satu sama lain, selain terdapat beberapa perkara berkaitan keselamatan yang memerlukan tindakan susulan demi keselamatan dan kesejahteraan warga kedua-dua sekolah berkenaan.
Hasil tinjauan mendapati kawasan berkenaan tidak mempunyai pagar pemisah yang bersesuaian, selain terdapat kes hakisan tanah dan keadaan saliran yang perlu diberi perhatian bagi mengurangkan risiko kepada keselamatan warga sekolah khususnya murid.
Perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru bagi mengenal pasti langkah penyelesaian yang bersesuaian.
Kerjasama rakan-rakan EXCO serta pihak berkaitan turut akan diselaraskan bagi membantu usaha pembersihan dan penambahbaikan kawasan berkenaan supaya persekitarannya lebih selamat dan selesa untuk warga sekolah berkenaan.
Tinjauan turut memberi ruang untuk melihat keadaan sekitar kedua-dua sekolah serta mendapatkan maklum balas berkaitan perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut daripada pihak berkaitan.
Usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen untuk memastikan persekitaran sekolah di Johor sentiasa berada dalam keadaan selamat, selesa dan kondusif demi kesejahteraan serta kebajikan anak-anak Johor.
Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor meninjau keadaan di SMK Mohd Khalid dan SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru bagi melihat sendiri isu berkaitan persekitaran serta keselamatan di kedua-dua sekolah berkenaan.
#JohorSafeZone
#BangsaJohor
#Sekolah
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


